Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang maut, dron Rusia jatuh di atas apartmen

-

Sebuah dron Rusia terhempas ke atas sebuah bangunan kediaman di selatan Ukraine di bandar Odesa pada lewat Jumaat, membunuh seorang dan mencederak­an dengan teruk sekurang-kurangnya tiga orang lagi, kata pihak berkuasa.

Pihak tentera Ukraine mengesahka­n dron tersebut adalah salah satu daripada lima buah yang mereka jatuhkan di atas wilayah Odesa ketika satu gelombang serangan udara waktu malam.

“Salah satu daripada dron yang dijatuhkan terhempas di sebuah kawasan kediaman di Odesa, menyebabka­n kemusnahan dan satu kebakaran di sebuah kawasan Odesa ,” pegawai pertahanan menyatakan menerusi Telegram.

“Walaupun kebakaran berjaya dipadamkan dengan segera, salah satu daripada apartmen telah musnah sepenuhnya.”

Mereka menambah bahawa pemilik apartmen meninggal dunia namun “anggota penyelamat berjaya mengeluark­an isterinya dari dalam runtuhan”.

Dua penghuni di apartmen berhampira­n telah dibawa ke hospital dengan kecederaan melecur dan kecederaan lain, kata mereka.

Dalam satu kenyataan di Telegram, gabenor wilayah Oleg Kiper mengesahka­n para pekerja kecemasan telah menemui mayat seorang lelaki di bawah runtuhan.

Seorang wanita berusia 72 tahun pula terperangk­ap “di bawah runtuhan selama hampir dua jam” dan mengalami melecur teruk dan patah tulang, kata Kiper.

Pegawai itu turut menyatakan seorang ibu dan anak perempuann­ya telah dibawa ke hospital dalam “keadaan serius”.

Pada awal Jumaat, pihak tentera Ukraine menyatakan tiga orang telah terkorban selepas sebuah lagi dron Rusia terhempas ke atas sebuah bangunan perindustr­ian.

 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Seorang penduduk tempatan memeriksa bangunan kediaman yang sudah rosak susulan serangan dron di Odesa pada ulang tahun kedua penceroboh­an Rusia ke atas Ukraine.
— Gambar AFP MUSNAH: Seorang penduduk tempatan memeriksa bangunan kediaman yang sudah rosak susulan serangan dron di Odesa pada ulang tahun kedua penceroboh­an Rusia ke atas Ukraine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia