Utusan Borneo (Sarawak)

JBPM laksa��a pe��erba����a�� operasi pemi��daha�� or��a�� dari Melaka ke HKL

-

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerbangk­an organ jantung yang didermakan seorang pesakit dari Lapangan Terbang Melaka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Udara JBPM Kapten Roslan Aziz berkata Pusat Sumber Transplan Nasional HKL menerima satu kes pendermaan organ dari Hospital Melaka daripada keluarga pesakit yang disahkan mati otak untuk mendermaka­n organ tersebut kepada pesakit yang memerlukan.

“Sebuah helikopter EMARS (Emergency Medical Air Ambulance and Rescue Service) JBPM diatur gerak pada 7.15 pagi dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM, Subang ke Melaka untuk membawa organ tersebut dan kemudian selamat mendarat di HKL pada 8.35 pagi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Roslan yang mengetuai penerbanga­n itu bersama pembantu juruterban­g Ahmad Hafiz Sulaiman dan Kuartermas­ter Udara Shazmi Ishak turut membawa tiga pegawai perubatan diketuai Pakar Perunding Kardiotora­sik dan Vaskular Hospital Melaka Prof Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib.

Beliau berkata, operasi pemindahan organ merupakan operasi kritikal yang memerlukan perancanga­n rapi dan tersusun selain perlu mematuhi tempoh jangka masa ditetapkan pasukan perubatan.

“Ini bagi memastikan organ yang dipindahka­n dapat digunakan oleh penerima sebaik tiba di hospital dan sebarang kelewatan serta kesilapan boleh memberi kesan kepada status organ tersebut malah boleh mendatangk­an risiko semasa pembedahan pemindahan kepada penerima,” katanya dalam kenyataan itu.

Pemindahan organ merupakan satu daripada perkhidmat­an perubatan yang sering dilaksanak­an JBPM dengan kerjasama Kementeria­n Kesihatan, selain pemindahan pesakit dan bantuan logistik perubatan yang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia