Utusan Borneo (Sarawak)

Isu Spa��co: Muhyiddi�� aka�� dipa������il jika ada keperlua�� ba��tu siasata��

-

MERSING: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan dipanggil jika terdapat keperluan bagi membantu siasatan berhubung penganuger­ahan kontrak membekal dan menguruska­n kenderaan kerajaan kepada Spanco Sdn Bhd (Spanco).

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata beliau tidak pernah menafi atau menolak dakwaan sama ada Ahli Parlimen Pagoh itu akan dipanggil berhubung kes tersebut.

“Saya hanya buat kenyataan apabila ditanya sama ada beliau (Muhyiddin) akan dipanggil, saya tidak menafikan (dan) tidak menolak, tetapi bergantung kepada pegawai penyiasat SPRM, itu perkara biasa apabila kita buat kenyataan.

“Sebab itu saya katakan dua hari lepas, kalau ada keperluan pegawai penyiasat akan panggil beliau (Muhyiddin) seperti mana beberapa saksi lain yang telah dipanggil termasuk bekas Menteri Kewangan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Mersing dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah di sini semalam.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri itu menerusi hantaran di laman Facebookny­a menafikan beliau terlibat dalam sebarang salah laku berhubung pemberian kontrak pembekalan dan penyelengg­araan kenderaan kerajaan kepada Spanco.

Dalam perkembang­an lain, Azam berkata SPRM akan membuat semakan Notis Merah terhadap menantu Muhyiddin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan Notis Merah kepada Interpol terhadap Muhammad Adlan, 48, dan peguamnya Mansoor Saat, 69, pada Oktober tahun lepas.

“Itu saya belum dapat maklumat lagi, SPRM akan semak

lagi dengan pihak Interpol. Buat masa sekarang, tunggu dia (Muhammad Adlan) kembali ke negara ini untuk pertuduhan di mahkamah.

“Usaha masih dijalankan, SPRM juga telah memohon kepada PDRM untuk disenaraik­an sebagai orang dikehendak­i oleh Interpol. SPRM masih berusaha, bukan dia seorang, tetapi juga

peguamnya,” katanya.

Pada 22 Februari lepas, Azam dilapor mengesahka­n siasatan pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) membabitka­n Muhammad Adlan sudah selesai namun sehingga kini beliau belum dapat dikesan dan masih tidak pulang ke tanah air setelah meninggalk­an Malaysia pada Mei tahun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Ber��ama ?? PERASMIAN: Azam (tiga kanan) merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Mersing semalam. Hadir sama Pengarah SPRM Negeri Johor Datuk Azmi Alias (dua kanan) dan Pegawai Daerah Mersing Jamil Hasni Abdullah (kanan).
— Gambar Ber��ama PERASMIAN: Azam (tiga kanan) merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Mersing semalam. Hadir sama Pengarah SPRM Negeri Johor Datuk Azmi Alias (dua kanan) dan Pegawai Daerah Mersing Jamil Hasni Abdullah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia