Utusan Borneo (Sarawak)

Tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo menghitung hari

Pelua���� ba��i dapatka�� tarikh kepula����a�� awal ki��i ber��a��tu���� kepada komu��ikasi diplomatik a��tara Malaysia da�� AS

- Christine Funk Peguam bela — Bernama

KUALA LUMPUR: Pembebasan dua rakyat Malaysia yang ditahan di kem tahanan Teluk Guantanamo sudah sekian lama tertangguh selepas dipenjarak­an selama 21 tahun berhubung kejadian pengeboman Bali pada 2002 yang meragut 202 nyawa.

Bagaimanap­un, peluang bagi mendapatka­n tarikh kepulangan awal kini bergantung kepada komunikasi diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua rakyat Malaysia iaitu Mohamad Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Bin Lep, 47, telah ditahan di Thailand pada tahun 2003 tetapi tidak pernah menjalani perbicaraa­n sehingga 2024.

Pada penghujung Januari 2024 di bawah “plea bargain” atau tawaran terhadap pengakuan bersalah, keduaduany­a mencapai persetujua­n dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo atas tuduhan menjadi “aksesori” kepada serangan pengganas di Bali dan hakim tentera AS Lt. Kol. Wesley A. Braun menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun ke atas mereka selepas perbicaraa­n singkat.

Selain itu, di bawah rundingan terbabit, keduadua mereka perlu memberi keterangan terhadap Encep Nurjaman yang juga dikenali sebagai Hambali dari Indonesia, bekas ketua gerakan Jemaah Islamiyah - sekutu Al-Qaeda - dan dalang pengeboman Bali.

Bernamamem­perolehmak­lum balas eksklusif menerusi e-mel daripada seorang peguam bela utama Christine Funk yang berkongsi pandangan mengenai kes itu serta menceritak­an pengalaman pahit yang telah dilalui anak guamnya.

Funk mewakili Mohamad Farik yang juga dikenali sebagai “banduan no 21” di kem tahanan yang terletak di Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo di tenggara Cuba.

Ketika ditanya mengenai kemungkina­n Mohamad Farik pulang ke tanah air, beliau menyatakan bahawa anak guamnya menyedari komunikasi berterusan antara pasukan guamannya dan kerajaan Malaysia berhubung potensi penghantar­an pulang awal.

Beliau berkata, Mohamad Farik tidak sabar untuk menamatkan babak kehidupan yang mencabar ini secepat mungkin.

Funk juga berharap untuk melihat pengakhira­n pengalaman pahit dan trauma yang dialami anak guamnya sejak ditahan.

Selepas ditahan, dia terpaksa melalui pelbagai penyeksaan, termasuk dipukul, ditahan tanpa dibenar melakukan sebarang komunikasi dengan keluargany­a atau kerajaan Malaysia selama bertahunta­hun.

Mohamad Farik dibawa ke lokasi rahsia CIA, tempat dia telah menerima layanan kejam yang menggunaka­n teknik soal siasat yang amat keras dan kasar.

Menurut Funk, pelbagai penderitaa­n dan keadaan mengerikan yang terpaksa dilalui anak guamnya, dengan menyatakan bahawa anak guamnya menjadi mangsa tindakan yang telah dikutuk oleh komuniti undang-undang antarabang­sa sebagai kejam, menjatuhka­n maruah dan tidak berperikem­anusiaan.

Beliau berkata, Mohamad Farik mengharung­i keadaan yang amat teruk seperti dipaksa bersandar pada dinding dengan hanya dahi menyentuh dinding untuk tempoh yang lama atau mencangkun­g dengan batang penyapu di belakang lututnya.

“Didedahkan kepada cahaya terang dan bunyi secara berterusan untuk mewujudkan persekitar­an tidak selesa dan digari, tangan dirantai di atas kepala menyebabka­n dia tidak boleh berdiri tegak dan terpaksa membongkok.

“Ditinggalk­an bersendiri­an, tanpa kemudahan tandas, dibiarkan dalam kegelapan selama berhari-hari,” kata Funk.

Banyak lagi layanan tidak berperikem­anusiaan terpaksa dilalui Mohamad Farik, termasuk dibogelkan untuk tempoh yang lama dan adakala langsung tidak dibenarkan mandi atau memberus gigi.

“Kadangkala dia diletakkan di atas tarp sebelum disiram dengan air sejuk pada badan dan hidung serta mulutnya menyebabka­n dia hampir lemas - satu perbuatan yang digelar waterboard­ing.

Selama beberapa tahun kebelakang­an ini, Mohamad Farik juga tidak diberikan hak komunikasi yang sepatutnya. Sekarang hanya dibenarkan membuat empat panggilan telefon dalam setahun untuk menghubung­i keluargany­a dan setiap panggilan hanya diberikan selama 30 minit.

Kedua-dua tahanan Malaysia masih ditahan berasingan daripada banduan lain sejak mereka mula menjalani hukuman. Apabila kembali kelak, mereka mungkin perlu menjalani rehabilita­si seperti yang dilaporkan oleh beberapa media AS.

Bernama turut menghubung­i peguam Mohammed Nazir, Brian Bouffard, namun belum menerima sebarang maklum balas mengenai anak guamnya di Guantanamo Bay.

Penafian: Pandangan yang dinyatakan dalam ulasan sebelum ini adalah semata-mata pandangan individu yang memberikan maklumat berkenaan. Pendapat dan kenyataan itu tidak mewakili pandangan atau pendirian rasmi Department of Defense atau Amerika Syarikat. Sebarang penerbitan ulasan ini mesti menyertaka­n penafian ini untuk menjelaska­n bahawa pandangan yang dinyatakan adalah peribadi dan tidak mencermink­an kedudukan rasmi entiti kerajaan yang disebutkan.

Didedahka�� kepada cahaya tera���� da�� bu��yi secara berterusa�� u��tuk mewujudka�� persekitar­a�� tidak selesa da�� di��ari, ta����a�� dira��tai di atas kepala me��yebabka�� dia tidak boleh berdiri te��ak da�� terpaksa membo����kok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia