Utusan Borneo (Sarawak)

Khachanov muncul juara termuda ATP, raih kejuaraan keenam dalam karier

-

Karen Khachanov menamatkan impian Jakub Mensik untuk menjadi juara ATP paling muda apabila menang dalam dua set di final Terbuka Qatar pada Sabtu.

Pemain ranking ke-17 dunia dari Rusia itu menang 7-6(14/12) dan 6-4 untuk meraih kejuaraan yang keenam dalam kariernya dan menafikan Mensik, 18, finalis paling muda dalam Jelajah ATP sejak Carlos Alcaraz di Umag pada 2021.

“Setiap kejuaraan adalah istimewa,” kata Khachanov, yang tidak tewas satu set pun sepanjang kejohanan ini.

“Setiap kali anda bermain, anda mahu menang. Kami bermain sekitar 22 kejohanan setiap musim dan pada akhirnya, anda melengkapk­an setiap kejohanan setiap minggu. Apa yang pasti di Doha, ia adalah salah satu kejuaraan yang menarik.”

Mensik, pemain dari Republik Czech dan berada pada ranking ke-116, akan memasuki senarai 100 pemain terbaik dunia selepas kemaraan ke final di sini dan hanya beraksi pada kejohanan utama yang ketiga selepas melangkah ke pusingan ketiga di Terbuka Amerika (AS) pada tahun lepas dan ke pusingan kedua Terbuka Australia pada awal tahun ini.

Ketika melangkah ke final di sini, Mensik mengejutka­n bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray dan juga menyingkir­kan juara bertahan, Andrey Rublev.

Dia mempunyai peluang pada set pertama apabila lawannya menyelamat­kan empat mata akhir.

“Saya memikirkan permainan tiebreak semalam (perlawanan separuh akhir) adalah persediaan untuk hari ini,” tambah Khachanov, yang memenangi permainan tiebreak ke atas Alexei Popyrin, juga dengan mata yang sama di peringkat separuh akhir.

“Hari ini, saya tidak mempercaya­i mata yang sama, tiebreak yang sama... saya mengekalka­n fokus dan sangat gembira memenangi set pertama. Ia memberikan saya semangat dan keyakinan dalam set kedua.”

Khachanov juga berdepan dengan 16 pukulan servis kencang Mensik.

“Untuk seketika, saya fikir saya berdepan dengan John Isner dan bukan Jakub Mensik hari ini,” kata pemain berusia 27 tahun itu. — AFP

 ?? KHACHANOV ??
KHACHANOV

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia