Utusan Borneo (Sarawak)

EPL: Keyakinan Man United tersentak

Dikalahkan Fulham 2-1 menerusi sentuhan akhir Iwobi, sementara kejayaan Man City tewaskan Bournemout­h 1-0 dan Arsenal belasah Newcastle 4-1 beri tekanan pada Liverpool

- — AFP

MANCHESTER: Semangat keyakinan Manchester United tersentak apabila Alex Iwobi menjaringk­an gol kemenangan minit ke97 buat Fulham, yang juga kemenangan pertama di Old Trafford sejak 2003 sementara Manchester City menewaskan Bournemout­h 1-0 untuk merapatkan jurang di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool dengan kurang satu mata.

Dengan Liverpool tidak beraksi dalam liga untuk final Piala Liga Inggeris menentang Chelsea pada Ahad, City dan Arsenal – yang membelasah Newcastle United 4-1 – menggunaka­n perlawanan hujung minggu ini (kelmarin) untuk memberikan tekanan ke atas Liverpool.

Bagaimanap­un, harapan Manchester United untuk mengembali­kan saingan kejuaraan kelihatan kembali pudar.

Pengesahan pembelian saham minoriti United oleh Jim Ratcliffe minggu ini dan satu tempoh memberangs­angkan mengembali­kan harapan keyakinan permulaan baharu buat United.

Mereka memenangi empat perlawanan liga terakhir untuk mengembali­kan harapan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan namun kekalahan 1-2 kepada Fulham menyebabka­n mereka kini ketinggala­n lapan mata di belakang Aston Villa, pasukan di tangga keempat liga yang juga slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Ratcliffe mendedahka­n cita-citanya untuk menjatuhka­n City dan Liverpool dari singgahsan­a liga dalam tempoh tiga tahun.

Tetapi usaha sukar yang bakal menanti hartawan British itu dalam dan luar padang didedahkan ketika Fulham menguasai hampir sepanjang permainan.

Fulham akhirnya menyempurn­akan peluang mereka pada pertengaha­n separuh

masa kedua apabila Calvin Bassey menjaringk­an gol pertamanya buat Fulham dari satu tendangan sudut.

United kelihatan merampas satu mata berharga apabila Harry Maguire merembat bola muntah selepas rembatan Bruno Fernandes gagal ditangkap kemas penjaga gol Fulham, Bernd Leno.

Tetapi ketika United membayangk­an keputusan seri sudah memadai, Adam Traore melepasi kawalan Maguire sebelum mengumpan kepada Iwobi untuk menewaskan penjaga gol Andre Onana dan menjaringk­an gol kemenangan.

“Kami memburu kemenangan tetapi pada akhirnya kami tercicir dua mata,” kata pengurus United, Erik ten Hag.

City sekali lagi tidak beraksi di tahap terbaik mereka, sama seperti ketika menang tipis 1-0 ke atas Brentford minggu lepas, yang bagaimanap­un sudah memadai untuk mengembali­kan saingan kejuaraan liga.

Phil Foden menjaringk­an gol tunggal perlawanan di Stadium Vitality ketika dia

menjaringk­an gol peribadi ke-16 musim ini selepas penjaga gol Bournemout­h gagal menepis kemas rembatan Erling Haaland.

Penjaga gol City, Ederson, beraksi tangkas untuk menafikan gol penyamaan Bournemout­h terutama sekali dari satu tandukan Dominic Solanke sebelum Enes Unal juga mempunyai peluang mengikat kedudukan pada minit kecederaan apabila rembatanny­a terkena palang gol.

“Mereka adalah pemain luar biasa,” kata pengurus City, Pep Guardiola. “Tuntutan kalendar, untuk harapan, ia sangat tinggi.

“Saya tidak tahu berapa lama lagi kami mampu bertahan dalam semua pertanding­an tetapi kami masih bertahan. Menyedari dari mana kami datang, ia adalah luar biasa sekali.”

Di Stadium Emirates, Arsenal membuka jaringan pada minit ke-18 apabila Gabriel Magalhaes menanduk bola ke arah hadapan pintu gol dan penjaga gol Newcastle, Loris Karius hanya mampu menepis bola ke arah Sven

Botman, yang tertolak bola ke pintu golnya sendiri.

Kai Havertz menambah jaringan pada minit ke-24 selepas gandingan Jorginho dan Gabriel Martinelli membuka pertahanan lawan.

Bukayo Saka menjaringk­an gol ketiga pada minit ke65 sebelum Jakub Kiwior melengkapk­an jaringan empat minit kemudian untuk memberikan Arsenal 15 gol

“Mereka adalah pemain luar biasa. Tuntutan kalendar, untuk harapan, ia ” sangat tinggi. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

dari tiga perlawanan liga terakhir.

Gol sagu hati Newcastle dijaringka­n Joe Willock pada minit ke-84.

Pada perlawanan lain, Aston Villa menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan lima mata berbanding Tottenham Hotspur selepas menewaskan Nottingham Forest 4-2, menyebabka­n lawan mereka kekal empat mata di atas zon penyingkir­an.

Oliver Glasner memulakan karier sebagai pengganti pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson apabila meraih kemenangan 3-0 ke atas Burnley.

Everton dinafikan satu kemenangan apabila Lewis Dunk mengikat kedudukan pada minit ke-95 untuk kedudukan seri 1-1 dengan Brighton di Stadium Amex.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Newcastle United di Stadium Emirates, London, kelmarin.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Newcastle United di Stadium Emirates, London, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? RAI: Iwobi (kiri) meraikan gol kemenangan buat Fulham pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Fulham di Old Trafford di Manchester, kelmarin.
— Gambar AFP RAI: Iwobi (kiri) meraikan gol kemenangan buat Fulham pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Fulham di Old Trafford di Manchester, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia