Utusan Borneo (Sarawak)

Kane bantu Bayern mengatasi Leipzig 2-1, sekali gus tamatkan badi kelab

-

Harry Kane menjaringk­an dua gol dalam separuh masa kedua, termasuk gol kemenangan dalam minit kecederaan untuk membantu Bayern Munich menang 2-1 ke atas RB Leipzig, sekali gus menamatkan tempoh buruk kelab sejak 2015 pada Sabtu.

Bayern tewas tiga perlawanan berturut-turut untuk kali pertama dalam tempoh sembilan tahun sebelum kelab mengumumka­n pada pertengaha­n minggu di mana jurulatihn­ya, Thomas Tuchel akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini.

Kapten Bayern, Manuel Neuer, memberitah­u “ia mungkin kelihatan seperti tuah masih memihak kepada Bayern tetapi kami selayaknya kemenangan hari ini.”

Kemenangan membolehka­n Bayern merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Bayer Leverkusen dengan lapan mata dan berbaki 11 perlawanan sahaja lagi musim ini.

Neuer berkata pemergian Tuchel “memberikan gambaran buruk kepada kami sebagai kami, di mana kami tidak dapat bekerja dengan jurulatih terbaik seperti Thomas Tuchel.

“Ia adalah kesilapan kami. Kami mahu semuanya berlaku secara profesiona­l sehingga ke akhir musim.”

Kane membuka jaringan pada pertengaha­n separuh masa kedua namun Leipzig mengikat kedudukan ketika berbaki 20 minit permainan menerusi gol Benjamin Sesko.

Kane mempunyai peluang awal untuk meletakkan Bayern di hadapan seawal minit kelima tetapi tandukanya berjaya ditepis ke palang gol oleh penjaga gol Leipzig, Janis Blaswich.

Kane mempunyai satu lagi peluang sebelum rehat tetapi kali ini rembatan akrobatikn­ya tepat ke dakapan Blaswich.

Kapten antarabang­sa England itu akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-56 apabila menjaringk­an gol peribadi ke-26 dari 23 perlawanan.

Leipzig, yang belum tewas kepada Bayern dalam liga sejak dua tahun yang lalu, meningkatk­an asakan dan akhirnya mengikat kedudukan menerusi gol Sesko pada minit ke-70.

Dan ketika perlawanan dijangka berkesudah­an dengan seri, Kane menerima umpanan kemas dari Eric Maxim Choupo-Moting sebelum melakukan rembatan kencang ke pintu gol.

Pada perlawanan lain, FC Stuttgart seri 1-1 dengan Cologne untuk terus kekal di tangga ketiga liga.

Stuttgart, yang bermain dalam playoff penyingkir­an untuk terus kekal dalam Bundesliga Jerman musim lepas, merupakan pasukan paling mengejutka­n musim ini dan mengekalka­n impian memburu kelayakan pertama ke Liga Juara-Juara sejak 2010.

Union Berlin seri 2-2 dengan Heidenheim di tempat sendiri sementara Borussia Moenchengl­adbach membelasah Bochum 5-2 untuk menjarakka­n kedudukan dari zon penyingkir­an dengan kelebihan lapan mata.

Darmstadt tidak bernasib baik untuk meraih kemenangan ketiga musim ini selepas dua gol pada minit akhir tidak dibenarkan kerana ofsaid ketika seri 1-1 di Werder Bremen.

 ?? — Gambar AFP ?? KONGSI KEGEMBIRAA­N: Kane (kanan) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern Munich dan RB Leipzig di Munich, kelmarin.
— Gambar AFP KONGSI KEGEMBIRAA­N: Kane (kanan) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern Munich dan RB Leipzig di Munich, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia