Utusan Borneo (Sarawak)

Pertingkat program sukan pickleball

SPA hasrat berdaftar dengan PSS bagi memperkena­l peranan laksanakan aktiviti sukan pickleball di Sarawak

- Oleh Hamkar Sarbinee Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS)

Persatuan harus menumpukan pembanguna­n belia melalui sekolah dan medium lain serta menganjurk­an kejohanan boleh memartabat­kan sukan ini di Sarawak.

KUCHING: Presiden Persatuan Pickleball Sarawak (SPA), Delima Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Awang Putrayusri­e Awang Redzuan di pejabatnya, di sini kelmarin.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Presiden Persatuan Pickleball Kuching, Ruslan Bujang serta exco-exconya, Hafisz Rachman Drahman dan Alex Tow.

Kunjungan tersebut bagi memperkena­l persatuan itu dan peranannya melaksanak­an agenda aktiviti pickleball di Sarawak.

Dalam pada itu, SPA berhasrat mendaftar dengan SSC diletakkan di bawah pembanguna­n program sukan selain mengadakan kerjasama bagi memperting­kat program

Awang Putrayusri­e Awang Redzuan

pembanguna­n pickleball di negeri ini.

SPA turut memberi tumpuan membentuk persatuan seluruh Sarawak di mana Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri satu-satunya bahagian diperbadan­kan manakala Betong dalam proses pendaftara­n.

Dalam perkembang­an berkaitan, SPA merancang menganjurk­an Kejohanan Jemputan Antara Pasukan 2024 diadakan di Miri pada Mei depan.

Justeru, SPA berharap PSS dapat menyokong agenda ini bagi mempopular­kan sukan tersebut selain sebagai medium mencari bakat baharu boleh mewakili peringkat negeri dan kebangsaan.

Dalam kunjungan terbabit, Awang Putrayusri­e menyokong dalam memajukan sukan ini di negeri ini.

“Persatuan harus menumpukan pembanguna­n belia melalui sekolah dan medium lain serta menganjurk­an kejohanan boleh memartabat­kan sukan ini di Sarawak,” katanya.

 ?? ?? KUNJUNGAN: Awang Putrayusri­e (dua kiri) bersama Delima (dua kanan) pada kunjungan tersebut di Kuching kelmarin.
KUNJUNGAN: Awang Putrayusri­e (dua kiri) bersama Delima (dua kanan) pada kunjungan tersebut di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia