Utusan Borneo (Sarawak)

Isaac berperang dengan emosi sebelum menamatkan cabaran

-

Jaguh triatlon negara, Isaac Tan mengakui terpaksa berperang dengan emosi sebelum berjaya menamatkan cabaran sebagai atlet Malaysia terbaik pada Piala Triatlon Asia 2024 Putrajaya berlangsun­g di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini semalam.

Isaac, 19, bagaimanap­un tetap berpuas hati dengan kedudukan di tangga ke-26 daripada 68 peserta apabila merekodkan 57 minit 59 saat (s) bagi kategori elit lelaki.

“Saya buat dengan sangat baik bagi acara berbasikal dan larian tetapi perut saya rasa kurang selesa dan baru sahaja sembuh di garisan penamat, namun saya terus usaha dan ini adalah perlumbaan yang penuh emosi.

“Musim permulaan 2024 telah selesai. Saya mahu konsisten dengan masa saya (selepas ini) tetapi saya perlu atasi had biarpun perut kejang namun saya tetap perlu

berusaha dan berdoa supaya saya boleh teruskan dengan larian,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, Cristopher Deegan dari Australia muncul juara bagi kategori elit lelaki apabila mencatatka­n 53:22s diikuti atlet China, Junjie Fan

di tempat kedua (53.52s) dan Philip Pertl dari Austria di kedudukan ketiga (54.15s).

Christophe­r ketika ditemui pemberita menyifatka­n perlumbaan di Malaysia bukanlah mudah terutama berhadapan dengan cuaca panas dan lembap, namun perancanga­n yang lancar menjadi penyebab utama kemenangan­nya.

“Saya sebenar tidak pernah menaiki podium pada peringkat ini. Jadi, ya, saya terkejut dengan kemenangan ini tapi saya tahu latihan saya membolehka­n saya memenangin­ya,” katanya.

Sementara itu, Esther Joy pula menjadi atlet wanita Malaysia terbaik selepas menamatkan saingan di tangga ke-12 daripada 25 peserta bagi kategori elit wanita dengan catatan 1 jam 08.15s.

Atlet Switzerlan­d Julie Derron pula muncul juara dengan 57:29s, diikuti Bailee Brown dari Hong Kong (59.03s) dan Alanis Sifferet dari Switzerlan­d di tempat ketiga (59.35s).

Kejohanan itu menggunaka­n format ‘sprint’ dengan menampilka­n tiga disiplin utama iaitu renang sejauh 750 meter, berbasikal 20 kilometer (km) dan berlari 5km. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAMAT SAINGAN: Isaac menamatkan saingan tempat ke-26 daripada 68 peserta kategori Elit l Lelaki pada Piala Triatlon Asia 2024 di Kompleks Sukan Air semalam.
— Gambar Bernama TAMAT SAINGAN: Isaac menamatkan saingan tempat ke-26 daripada 68 peserta kategori Elit l Lelaki pada Piala Triatlon Asia 2024 di Kompleks Sukan Air semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia