Utusan Borneo (Sarawak)

S.H.I.E.L.D masih sukar digugat di puncak Liga Perkhidmat­an Awam

-

KUCHING: Liga Perkhidmat­an Awam II 2023 semakin melabuhkan tirainya dengan pasukan S.H.I.E.L.D masih sukar digugat di di puncak liga meninggalk­an 17 pasukan lain pada saingan di Megalanes Sarawak, Batu Kawa di sini.

Pada minggu lepas, S.H.I.E.L.D sekali lagi cemerlang apabila mudah menjinakka­n Cops dengan 12-8. Pasukan itu kini mendahului dengan 644.74 mata Peterson selepas mengutip 35.57 lagi mata dari kemenangan tersebut.

Pasukan S.H.I.E.L.D juga mendahului dalam kategori Team High Game (Scratch) dan Team High Series (Scratch) sejak minggu kesembilan dengan 764 dan 2544 jatuhan pin.

Pesertanya, Nazrin Wagiman juga mengunggul­i dalam kategori Individual High Game (Scratch) dan Individual High Series (Scratch) dengan 300 dan 951 jatuhan pin.

Meskipun tewas, The Cops tetap unggul apabila menguasai kategori Team High Game (Handicap) dengan 705 jatuhn pin sejak minggu ke-11 saingan.

Mencuri tumpuan pastinya aksi Nur Qiesya Florida meletakkan namanya dalam kategori Individual High Game (Handicap) dan Best Female (Scratch) hasil jatuhan 291 dan 803 pin.

Dalam pada itu, SUK Bowlers masih mengekori rapat di kedudukan kedua dengan 604.50 mata Peterson hasil kemenangan 11.5-8.5 ke atas SUKBOM untuk meraih 34.40 mata.

One Mixx Team juga kembali bangkit untuk menduduki tangga ketiga selepas melakar kemenangan ke atas UBC team (12.5-7.5).

Pasukan itu meraih 35.42 mata dari kemenangan itu dan mengumpul 593.55 secara keseluruha­n.

Sementara itu, Dynamixxx melonjak ke tangga keenam dari kelapan selepas meraih 39.43 untuk mengumpul 573.88 mata setakat ini hasil kemenangan 16-4 ke atas

PSKPP A.

De’1D juga naik ke tangga ke-11 dari tangga 13 setelah menewaskan UiTM Crocs (16-4) untuk mengutip 38.20 mata (537.64).

Pasukan menduduki tangga keempat hingga 18 adalah The Cops, PSKPP B, Dynamixxx, The Cannon Balls, EVO, Medic Squad, Black Dragon Bowlers, De’1D, Pin Pocket, PSKPP A, Kuching Waterboard, UBC, UiTM Crocs, SUKBOM dan SDO Mix Crocs.

 ?? ?? BERI SAINGAN: Peserta Team Dynamixxx (dari kiri) Abdul Muhaimin Fitri Mohamed, Nur Diyana Musa dan Muhammad Syariffudi­n Saleh memberi saingan sengit pada kejohanan itu.
BERI SAINGAN: Peserta Team Dynamixxx (dari kiri) Abdul Muhaimin Fitri Mohamed, Nur Diyana Musa dan Muhammad Syariffudi­n Saleh memberi saingan sengit pada kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia