Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja rogol kekasih diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney

-

KUCHING: Seorang remaja lelaki iaitu bapa kepada bayi yang ditemui di dalam semak di kawasan perumahan Bandar Baru Samariang (BBS) pada November 2023, diperintah­kan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney kerana merogol kekasih berusia 14 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Iris Awen Jon membuat keputusan itu selepas meneliti laporan sosial pesalah muda berusia 18 tahun terbabit yang dikemukaka­n Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Iris memerintah­kan remaja itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo sehingga dia berusia 21 tahun.

Tertuduh mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada Mac 2023 dalam sebuah bilik di sebuah premis terletak di Metrocity Matang di sini.

Fakta kes mendedahka­n pada

November 2023 di BBS di sini, ibu mangsa (pengadu) mendapati anaknya melahirkan seorang bayi perempuan yang juga telah menjadi kes polis.

Pengadu tidak mengetahui bahawa mangsa mengandung namun pengadu mengesyaki mangsa telah melakukan seks dengan seorang lelaki (tertuduh) di Metrocity Matang.

Susulan itu, pengadu membuat laporan untuk tindakan dan siasatan pihak polis sehingga membawa kepada penangkapa­n tertuduh pada 1 Disember 2023.

Hasil siasatan mendapati mangsa dan tertuduh merupakan pasangan kekasih serta telah berlaku kejadian rogol sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan.

Malah, kaporan kimia iaitu sampel DNA mengesahka­n tertuduh merupakan bapa kepada bayi tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

 ?? ?? TERIMA HUKUMAN: Tertuduh (dua kanan) diiring polis selesai sebutan kes semalam.
TERIMA HUKUMAN: Tertuduh (dua kanan) diiring polis selesai sebutan kes semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia