Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n Peralihan Tenaga Borneo berlangsun­g dua hari, 26-27 Februari

-

Persidanga­n Peralihan Tenaga Borneo (BETC) sedang berlangsun­g selama dua hari bermula 26 hingga 27 Februari di sini anjuran SEDC Energy dan Malaysian Rating Corporatio­n Berhad (MARC).

Penganjura­n persidanga­n ini adalah sebagai menyahut seruan global untuk memerangi perubahan iklim dan peralihan kepada sumber tenaga mampan.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Robert Hardin dalam ucapan aluannya berkata BETC 2024 adalah bukti keraguan yang mengelilin­gi sektor tenaga baharu.

Sehubungan itu beliau berterima kasih kepada MARC kerana menganjurk­an bersama BETC serta rakan penaja dalam menjayakan persidanga­n yang amat penting ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARC Datuk Jamaludin Nasir berkata Malaysia berada di barisan hadapan dalam

usaha global dalam peralihan tenaga.

Katanya Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Dasar Tenaga Negara telah meletakkan asas bagi perjalanan sifar bersih Malaysia dengan hidrogen memainkan peranan penting dalam penyahkarb­onan.

“Ia adalah penting untuk kedua-dua sektor swasta dan awam untuk mengambil bahagian secara aktif dalam

peralihan tenaga ini dan bekerjasam­a untuk mengatasi cabaran sebagai sebuah negara yang bersatu padu.

“Pihak berkepenti­ngan sektor tenaga perlu memberi keutamaan pelaburan dalam tenaga diperbahar­ui dan pengeluara­n hidrogen yang lebih bersih manakala institusi kewangan mesti berinovasi dan menggalakk­an pelaburan hijau,” katanya.

Dalam pada itu Premier

Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyampaik­an ucaptama seterusnya merasmikan BETC 2024 yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini.

Persidanga­n tersebut turut menyaksika­n pertukaran dokumen oleh SEDC Energy termasuk kerjasama strategik dengan Gentari Sdn Bhd bagi Hab Hidrogen Sarawak.

Pertukaran dokumen kedua pula melibatkan Perjanjian Pembanguna­n Bersama (JDA) antara SEDC Energy dengan Samsung Engineerin­g, Lotte Chemical dan Korea National Corporatio­n (KNOC).

Manakala pertukaran dokumen ketiga adalah antara SEDC Energy dengan Sarawak Metro bagi Loji Hidrogen Rembus.

Kesemua tiga inisiatif ini bertujuan memacu teknologi hidrogen, memajukan penyelesai­an tenaga mampan dan memacu penyahkarb­onan di rantau ini.

 ?? ?? JAMALUDIN NASIR
JAMALUDIN NASIR
 ?? ?? ROBERT HARDIN
ROBERT HARDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia