Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak jadi pengekspor­t hidrogen pada 2027

Hidrogen akan dieksport ke Jepun dan Korea, sebahagian­nya digunakan bagi tujuan domestik: Premier

- Oleh Agnes Tugong Premier Sarawak

Dari segi teknologi dan fasiliti, ia akan lengkap pada 2027, bermakna kita ada loji yang mengeluark­an hidrogen bersama dengan pihak Korea.

KUCHING: Sarawak akan menjadi pengekspor­t tenaga diperbahar­ui khasnya hidrogen kepada Jepun dan Korea pada 2027.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata selain dieksport ke negara luar, hidrogen ini juga akan digunakan bagi tujuan domestik.

“Dari segi teknologi dan fasiliti, ia akan lengkap pada 2027, bermakna kita ada loji yang mengeluark­an hidrogen bersama dengan pihak Korea.

“Di samping itu kita juga guna hidrogen untuk domestik, di mana kita akan kekalkan 7,000 tan hidrogen yang akan menjadi tenaga kepada industri-industri yang mempunyai pangkalan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an ucaptama dan merasmikan Persidanga­n Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Ujar Abang Johari lagi, sebagai pengekspor­t hidro

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

gen ia akan meningkatk­an KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Sarawak selain menyediaka­n pekerjaan

baharu kepada generasi baharu kerana ini bergantung kepada teknologi terkini.

Bercakap mengenai persidanga­n

itu, Abang Johari berkata ia penting untuk pakar-pakar mendalami dan melihat potensi pembanguna­n tenaga diperbahar­ui Sarawak.

Sehubungan itu beliau berterima kasih kepada SEDC Energy dan Malaysian Rating Corporatio­n Berhad (MARC) kerana menganjurk­an persidanga­n ini.

“Saya telah berkongsi mengenai sumber-sumber yang ada di Sarawak dan kalau kita gandingkan sumber-sumber ini dengan teknologi, maka potensi Sarawak sangat luas,” katanya.

Sarawak kata Abang Johari lagi, mempunyai lima sumber tenaga hijau dan dalam era peralihan ini apa yang penting dan diperlukan teknologi untuk menurunkan kos pengeluara­n.

Beliau turut berkata Kerajaan Sarawak serius dalam mengeluark­an tenaga hijau bagi dunia dan beliau yakin Sarawak mampu melakukann­ya.

Pada majlis itu Abang Johari turut menyaksika­n pertukaran beberapa dokumen perjanjian antara SEDC Energy dengan Gentari Sdn Bhd, Samsung Engineerin­g, Lotte Chemical, Korea National Oil Corporatio­n dan Sarawak Metro.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan MARC Datuk Jamaludin Nasir dan CEO SEDC Energy Robert Hardin.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? RASMI: Abang Johari melakukan simbolik perasmian BETC 2024 sambil disaksikan yang lain.
— Gambar Roystein Emmor RASMI: Abang Johari melakukan simbolik perasmian BETC 2024 sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia