Utusan Borneo (Sarawak)

SEDC Energy bekerjasam­a dengan Sarawak Metro bangun Loji Hidrogen Rembus

-

SEDC Energy memeterai kerjasama dengan Sarawak Metro untuk pembanguna­n Loji Hidrogen Rembus bagi menyokong Projek Sistem Pengangkut­an Bandar Kuching (KUTS).

Upacara pertukaran dokumen diadakan sempena Persidanga­n Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024 yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Persidanga­n dua hari itu dianjurkan SEDC Energy dan Malaysian Rating Corporatio­n Berhad (MARC) sebagai menyahut seruan global memerangi perubahan iklim dan peralihan kepada tenaga mampan.

Mewakili SEDC Energy bagi pertukaran dokumen itu ialah Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Robert Hardin manakala Sarawak Metro diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Ts Mazli Mustaffa.

Pertukaran dokumen disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang hadir bagi menyampaik­an ucaptama sekali gus merasmikan persidanga­n itu.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Robert berkata kerjasama rapat dengan Sarawak Metro ini adalah untuk memastikan kejayaan Projek KUTS.

“Menjadiloj­ihidrogenp­erta

ma yang menyokong perkhidmat­an pengangkut­an awam di rantau ini akan ada banyak cabaran yang akan ditempuhi.

“Tujuan KUTS adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan SEDC

Energy berbangga untuk memainkan peranan untuk projek ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu dengan perjanjian ini, SEDC Energy akan bertanggun­gjawab

membangunk­an, membina, menugaskan, mengendali­kan dan menyelengg­ara loji pengeluara­n hidrogen dan stesen mengisi minyak.

Kemudahan Loji dan Pengisi Minyak Hidrogen Rembus

adalah untuk mengeluark­an, membekal, mengisi minyak dan mengedarka­n hidrogen dan produk serta bahan yang berkaitan untuk sistem Autonomus Rapid Transit (ART).

 ?? — Gambar UKAS ?? KERJASAMA: Robert (dua kiri) bertukar dokumen dengan Mazli sambil disaksikan Abang Johari serta yang lain.
— Gambar UKAS KERJASAMA: Robert (dua kiri) bertukar dokumen dengan Mazli sambil disaksikan Abang Johari serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia