Utusan Borneo (Sarawak)

Rangka dasar kukuhkan perpaduan, keharmonia­n rakyat: Agong

- Dari Muka 1

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen semalam. Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Pada masa yang sama, Yang di-Pertuan Agong turut menyeru semua lapisan masyarakat untuk menjaga keharmonia­n negara serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang melibatkan raja, kaum dan agama.

Sultan Ibrahim bertitah perlembaga­an telah mengiktira­f Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan perkara itu akan terus kekal terpelihar­a.

Bagaimanap­un Seri Paduka Baginda bertitah agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman tetapi tidak boleh disebarkan kepada orang Islam.

“Oleh itu janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menggugat atau mempolitik­kan asas perlembaga­an ini. Saya berpuas hati dengan usaha kerajaan dalam menyelesai­kan perkara-perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 dan berharap agar ia memenuhi hasrat dan aspirasi demi kemakmuran bersama,” titah Seri Paduka Baginda.

Kepada rakyat Malaysia yang selama ini mengekalka­n perpaduan, hidup bersatu padu dan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara, Sultan Ibrahim menzahirka­n ucapan terima kasih.

“...marilah kita berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga negara Malaysia dikurniaka­n rahmat dan keberkatan, kekal aman, maju dan makmur,” titah Seri Paduka Baginda.

Sementara itu, Seri Paduka Baginda mahu Malaysia lebih tegas dalam mendukung soal keamanan dan menentang keganasan di peringkat antarabang­sa.

Sultan Ibrahim bertitah ini termasuk dalam isu Palestin, dengan menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanak­an dan bantuan kemanusian kepada penduduk Gaza dipercepat­kan.

“Selain itu, sama ada di peringkatA­SEANmahupu­n dunia, Malaysia perlu terus memainkan peranan aktif dalam memupuk semangat perpaduan dan memacu kemajuan, mengambil kira cabaran geopolitik dan perkembang­anserantau,”titah Yang di-Pertuan Agong. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia