Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak intai peluang kerjasama dengan universiti di China

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju dengan cadangan Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian untuk mempelawa Universiti Fudan di Shanghai menubuhkan kampus cawangan mereka di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan universiti dari China itu akan memberi lebih pilihan kepada anak Sarawak melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Saya setuju kalau ada kampus dari China (di Sarawak). Kita sedang mengintai peluang untuk menjalinka­n kerjasama dengan Universiti Fudan dan sekarang ini, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian sedang mengadakan rundingan dengan pihak China.

“Sekiranya mereka bersetuju, sudah pasti anak-anak kita berpeluang melanjutka­n pelajaran di universiti itu di sini, yang mana seperti anda ketahui ia adalah universiti lima teratas di China,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2024 dan Sambutan 45 Tahun Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di sini, malam kelmarin.

Abang Johari berharap agar persetujua­n dapat dicapai oleh kedua-dua kerajaan, Malaysia dan China bagi penubuhan cawangan universiti berkenaan di Sarawak.

Sementara itu, beliau mengumumka­n penyerahan geran tanah bagi kawasan seluas lima

ekar dan dana sebanyak RM15 juta bagi pembinaan sekolah baharu untuk Sekolah Menengah Chung Hua No.4.

Selain itu katanya, Kerajaan Sarawak juga memutuskan untuk memberikan peruntukan sebanyak RM5 juta dan tanah seluas tiga ekar kepada Lembaga Amanah Amal Cina Sarawak.

Tambahnya, pihaknya difahamkan pengurusan Sekolah Menengah Chung Hua No.4 mahu mengembang­kan sekolah di Jalan Haji Taha itu kerana bilangan pelajar yang semakin meningkat.

“Tetapi di mana dan bagaimana untuk berkembang memandangk­an ruang yang terhad di tapak sekarang.

“Jadi dalam menyediaka­n pendidikan yang baik kepada anak-anak kita, kerajaan telah memutuskan untuk memperuntu­kkan lima ekar tanah dan RM15 juta untuk pembanguna­n

sekolah baharu itu.

“Bagi lembaga amanah, kita beri tiga ekar tanah dan RM5 juta. Malam ini angpau semuanya berjumlah RM20 juta kerana kita ada hasil pendapatan Sarawak lebih sedikit, maka kita mahu kongsi dengan masyarakat Cina,” kata Abang Johari.

Terdahulu, Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee meminta Kerajaan Sarawak untuk terus berunding dengan pihak universiti terkemuka dari China supaya menubuhkan kampus cawangan mereka di negeri ini.

Katanya, langkah itu akan dapat meningkatk­an lagi tahap pendidikan tinggi di Sarawak yang sudah memiliki dua cawangan iaitu Curtin University dan Swinburne University of Technology dari Australia.

Beliau dalam pada itu menzahirka­n

sokongan Persekutua­n terhadap dasar Kerajaan Sarawak untuk menyediaka­n pendidikan percuma kepada pelajar Sarawak di universiti milik kerajaan negeri mulai 2026.

“Ini akan menjadi satu langkah baik kerana ramai lagi anak Sarawak akan berpeluang mendapatka­n pendidikan tinggi dan mengurangk­an beban kewangan ibu bapa mereka,” katanya.

Wee turut merakamkan penghargaa­n kepada Kerajaan Sarawak kerana memperuntu­kkan geran tahunan untuk pendidikan Cina berjumlah RM72 juta sejak 2014.

“Malah Kerajaan Sarawak juga telah memberikan kita (Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian) sebidang tanah yang cukup luas untuk pembanguna­n bagi menjana dana untuk sekolah-sekolah aliran Cina,” tambah beliau.

 ?? — Gambar UKAS ?? SOKONGAN: Abang Johari menyerahka­n replika cek berjumlah RM15 juta kepada Wee yang mewakili Jawatankua­sa Pengurusan Sekolah Menengah Chung Hua No.4.
— Gambar UKAS SOKONGAN: Abang Johari menyerahka­n replika cek berjumlah RM15 juta kepada Wee yang mewakili Jawatankua­sa Pengurusan Sekolah Menengah Chung Hua No.4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia