Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diminta pertimbang­kan cadangan bagi Pindaan Rang Undang-Undang Kewarganeg­araan

-

Lawyer Kamek dan Pakatan Hak Kewarganeg­araan Malaysia (MRCA) memohon kerajaan mempertimb­angkan cadangan bagi mengemukak­an Draf Kertas Hijau Pindaan Rang UndangUnda­ng Kewarganeg­araan dalam surat terbuka kepada Kabinet.

Menurut Pengarah Lawyer Kamek Simon Siah, terdapat lapan isu yang dibangkitk­an untuk pindaan dalam rang undang-undang tersebut.

Bagaimanap­un, pindaan terhadap dua daripada isu berkenaan mendapat lampu hijau daripada pihaknya.

“Walhal yang selebihnya memerlukka­n siasatan untuk dilaksanak­an dan penemuan kajian perlu direkodkan di dalam kertas hijau bagi mendapatka­n persetujua­n dua pertiga Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tayangan filem ‘Abang Adik’ oleh kumpulan aktivis Lawyer Kamek di GSC CityONE Megamall di sini, kelmarin.

Penglibata­n awam ini amat penting dalam sistem demokrasi, memastikan semua pihak berkepenti­ngan boleh memberikan input tentang perkara yang melibatkan hak mereka, ujarnya.

Kandungan surat terbuka itu tambahnya, mempunyai perubahan yang perlu mengambil kira keadaan semasa, prinsip teras keadilan, kesaksamaa­n dan rasa hormat yang menjadi asas kepada etos dan kemajuan negara.

Pindaan ini bagi membantu mereka yang tidak mempunyai kerakyatan terutama bagi warga emas, kanak-kanak yang dilahirkan sebelum ibu bapanya berkahwin, anak angkat tanpa kerakyatan antaranya.

“Sarawak sudah pasti menjadi yang pertama di Malaysia yang merasai beban pindaan ini kerana ramai masyarakat asli yang tinggal di kawasan paling terpencil di Sarawak masih tidak mempunyai kerakyatan Malaysia.

“Walaupun telah tinggal, membesar dan memanggil Sarawak sebagai rumah mereka sejak dahulu,” tambahnya.

Oleh itu, Lawyer Kamek menyeru agar semua Ahli Parlimen dari Sarawak mengundi terhadap cadangan pindaan tersebut sekiranya ia dibentangk­an minggu depan.

Hadir sama adalah Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Sarawak Dr Chew Chee Ming, aktivis terkenal Peter John Jaban dan Karen Shepherd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia