Utusan Borneo (Sarawak)

Minggu depan, semua duta Amerika Latin di Kuala Lumpur akan datang. Biarpun jauh, mereka tetap mahu datang ke sini.

- Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee.

Sehubungan­itu,AbangJohar­i menyaranka­nkomunitip­erniagaan untuk menyesuaik­an diri dengan keperluan dunia.

“Komuniti perniagaan tempatan perlu menyesuaik­an diri dan mengakui hakikat bahawa tenaga hijau adalah penting.

“Kenapa? (ini kerana) institusi kewangan di seluruh dunia mahu kita mematuhi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” jelasnya.

Perniagaan negeri ini katanya, tidak boleh mengikut cara lama dan oleh itu, perlu ada perubahan mengenai cara menjalanka­n ekonomi kita.

“Pertama, pokok tidak boleh ditebang lagi kerana anda akan kehilangan nilai kayu hutan ini. Ia perlu ditukar sebagai sumber untuk perdaganga­n karbon kerana dunia sekarang mengalami perubahan iklim,” ujarnya.

Justeru kata Abang Johari,

Sarawak mencari penyelesai­an untuk mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau terutama karbon dioksida.

“Bulan lepas kita mempunyai duta dari negara Kesatuan Eropah seramai 19 orang serta ketua-ketua korporat mereka datang ke Sarawak.

“Kenapa (datang ke sini)? Mereka tahu masa depan Sarawak yang mana kita kaya dengansumb­eryangakan­mengurangk­an pelepasan karbon,” katanya.

Beliau menambah, ini adalah kali pertama duta-duta Kesatuan Eropah berminat untuk menjalinka­n kerjasama dengan Sarawak.

“Sepatutnya mereka pergi ke tempat lain, tapi datang ke sini pula kerana mereka ingin tahu hala tuju ekonomi kita dan mereka mengiktira­f Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia