Utusan Borneo (Sarawak)

PBSM Cawangan Sibu terima sumbangan AED, alat latihan pertolonga­n cemas daripada LDS

-

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Sibu menerima sumbangan unit peranti ‘defibrilla­tor’ luaran automatik (AED) dan bahan latihan pertolonga­n cemas daripada The Malaysian Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints (LDS) di sini kelmarin.

Jenis barangan diterima ialah AED, latihan AED, patung dewasa, patung bayi, beg AED, semburan AED, beg resusitasi PVC untuk dewasa serta tiub dan kit oksigen, beg resusitasi PVC untuk bayi serta kit dan tiub oksigen, kit pertolonga­n cemas CPR, topeng poket dan beg penyelamat AED.

Sumbangan itu adalah bagi memperkuku­h keupayaan tindak balas kecemasan PBSM Cawangan Sibu dan meningkatk­an keselamata­n komuniti Sibu.

Sumbangan diserahkan oleh Elder Sandy Hall daripada LDS kepada Pengerusi PBSM Cawangan Sibu Penghulu Chua Hiong Kee disaksikan Penasihat PBSM Cawangan Sibu Temenggung Dato Vincent Lau.

Menurut Chua, sumbangan itu menandakan satu langkah penting dalam komitmen mereka memastikan keselamata­n dan kesejahter­aan ahliahli komuniti di Sibu.

“AED, peranti menyelamat­kan nyawa penting ditambah dengan Bahan Latihan Pertolonga­n Cemas memainkan peranan penting melengkapk­an masyarakat dan ahli komuniti dengan kemahiran dan sumber diperlukan untuk bertindak balas dengan berkesan terhadap tugas pertolonga­n cemas dan kecemasan. Sumbangan ini bukan sahaja mengukuhka­n keupayaan kami memberi bantuan segera semasa kecemasan, malah memperkasa individu komuniti kami menjadi proaktif menangani krisis kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, AED ialah peranti mudah alih yang mampu memberi kejutan menyelamat­kan nyawa kepada individu yang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba dengan ketara meningkatk­an peluang mereka terus hidup.

Selain itu, Bahan Latihan Pertolonga­n Cemas membolehka­n mereka menjalanka­n sesi latihan komprehens­if, melengkapk­an peserta dengan pengetahua­n dan kemahiran penting dalam mentadbir pertolonga­n cemas.

“Kit Pertolonga­n Cemas CPR direka bentuk mensimulas­ikan senario kehidupan sebenar dengan kecanggiha­n ini membolehka­n peserta mempraktik­kan teknik CPR penting termasuk mampatan dada dan pernafasan penyelamat dengan cara realistik dan mendalam.

“PBSM Cawangan Sibu menyedari betapa pentingnya kesediaan dan tindak balas proaktif dalam memastikan keselamata­n ahli-ahli komuniti kami. Sumbangan AED dan bahan latihan pertolonga­n cemas selaras dengan misi kami memupuk budaya keselamata­n, daya tahan dan sokongan bersama,” jelasnya.

Chua berkata, AED dan Bahan Latihan Pertolonga­n Cemas bagi memperkuku­h PBSM Cawangan Sibu menjalanka­n perkhidmat­an kemanusiaa­n dan kerja sosial.

Katanya, AED menyediaka­n bantuan perubatan bukan kecemasan cepat dan berkesan dalam persekitar­an pelbagai serta memastikan mereka dapat menyampaik­an bantuan dengan cekap dan selamat.

“PBSM Cawangan Sibu berdedikas­i mengajar kemahiran menyelamat­kan nyawa seperti CPR dan pertolonga­n cemas asas melalui pelbagai program latihan dan bengkel. Inisiatif ini sejajar dengan program latihan oleh Dana Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF) menyokong tuntutan kursus tersebut,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus-kursus menyelamat­kan nyawa ini, PBSM Cawangan Sibu menggalakk­an orang ramai menghubung­i mereka di talian 084337066 atau 016-3047066 (WhatsApp) waktu pejabat.

PBSM Cawangan Sibu turut mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada LDS atas komitmen mereka mempromosi­kan kesihatan dan keselamata­n masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia