Utusan Borneo (Sarawak)

PMTTD laksana beberapa program sempena sambutan 10 tahunnya

-

Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) akan melaksanak­an beberapa program sempena sambutan 10 tahun organisasi keselamata­n pertahanan tersebut tahun ini.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi berkata, ia bagi meraikan selain mengabadik­an kenangan setelah PMTTD mencapai tempoh satu dekad pemerintah­an.

Menurutnya, tema yang diguna pakai sempena meraikan 10 tahun PMTTD ialah ‘Sedekad Bersama, Kedaulatan Terpelihar­a’.

“Sehubungan itu, seluruh warga PMTTD perlu memberi kerjasama dengan saya untuk berusaha dan mengamalka­n sikap berintegri­ti tinggi dalam melaksanak­an apa jua tugas yang diterima.

“Kekuatan kita hari ini adalah menerusi jalinan ikatan kesepaduan yang kukuh antara setiap individu dalam formasi.

“Jangan ada dalam kalangan kita yang menjadi duri dalam daging, cuba merosakkan organisasi yang telah dibina dengan kukuh selama ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa Perbarisan Sempena Pelancaran Ke-10 Tahun PMTTD di Dewan Serba

Guna Kem Muara Tuang di sini semalam.

Sofi pada masa menggesa semua warga PMTTD bekerjasam­a untuk menjadikan organisasi itu terus cemerlang.

“Semua perlu berganding bahu dan memandang ke hadapan untuk terus menjadikan PMTTD sebagai sebuah organisasi yang boleh dipercayai.

“Ia selari dengan aspirasi Panglima Tentera Darat (PTD) melalui perintah ulungnya menjadikan pasukan Tentera Darat yang boleh dipercayai,” katanya.

Turut hadir Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis, Panglima

5 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, panglima-panglima Briged di bawah naungan PMTTD, pegawai kanan dan warga PMTTD.

Sementara itu, mengenai program yang dianjurkan sempena 10 tahun PMTTD sepanjang tahun ini ialah pelancaran sambutan 10 tahun PMTTD yang diadakan semalam.

Acara lain ialah majlis bacaan yasin dan tahlil di Kem Penrissen Kuching (31 Mac), perbarisan hari ulang tahun PMTTD ke-10, Kem Muara Tuang (6 Mei), lawatan kebajikan perdana ke atas anggota secara serentak di Sabah dan

Sarawak (11 Mei) serta majlis makan malam rejimental iaitu pada 8 Mei (pegawai) manakala 29 Jun (pegawai tidak tauliah).

Selain itu ialah forum perdana di Kem Muara Tuang (6 Jun) serta program derma darah dan jiwa murni melibatkan semua peringkat formasi (13 Julai).

Turut diadakan ialah hari interaksi bersama agensi awam di Kuching, Sarawak (24 September) manakala di Kota Kinabalu, Sabah (28 September) serta hari bersama media di Kuching, Sarawak (19 Oktober) manakala Kota Kinabalu, Sabah (26 Oktober).

 ?? ?? RASMI: Sofi (tengah) melancarka­n logo rasmi sempena sambutan 10 tahun PMTTD pada majlis berkenaan. Turut kelihatan Fauzi (kiri).
RASMI: Sofi (tengah) melancarka­n logo rasmi sempena sambutan 10 tahun PMTTD pada majlis berkenaan. Turut kelihatan Fauzi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia