Utusan Borneo (Sarawak)

Grolite mengagumi sifat prihatin masyarakat Sibu

-

Grolite mengagumi sikap prihatin masyarakat Sibu yang sentiasa memberi sokongan menggalakk­an terhadap kempen derma darah bagi menyelamat­kan nyawa pesakit yang memerlukan bekalan darah.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Grolite Sandra Song berkata, dua siri kempen derma darah dianjurkan Grolite sebelum ini mendapat sambutan begitu baik daripada orang ramai.

“Kami sangat menghargai sokongan komuniti Sibu yang menggalakk­an untuk program derma darah kami sebelum ini. Ini menjadi kali ketiga kami menganjurk­an acara ini dan berharap dapat melibatkan lebih ramai penderma,“katanya di sini semalam.

Menurut Sandra, Kempen Derma Darah Grolite kali ini dijadual pada 3 Mac (Ahad) ini, mulai 9 pagi hingga 2 petang di Ibu Pejabat Grolite (berhampira­n Pasar Raya Star Mega Mall), Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

Beliau berkata, prapendaft­aran melalui borang Google adalah digalakkan supaya penderma dapat menikmati giliran lebih pantas pada hari tersebut.

Katanya, kempen tersebut adalah untuk memastikan bekalan darah mencukupi untuk Hospital Sibu dan seluruh wilayah tengah Sarawak.

“Komuniti Grolite menjalanka­n program derma darah sekurang-kurangnya

dua kali setahun sebagai salah satu program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) tahunan,” jelasnya.

Di samping itu, beliau berkata kempen kali ini dijalankan dengan kerjasama PMG HealthCare dan Bank Darah Sibu.

“Ini adalah kali pertama kami bekerjasam­a dengan PMG untuk tujuan murni. Kami menggalakk­an penderma membawa ahli keluarga bersama mereka kerana Ahad biasanya adalah hari keluarga bagi kebanyakan orang.

“Oleh itu, kami menjemput PMG menjadi sebahagian daripada acara tersebut dengan menyediaka­n perkhidmat­an saringan kesihatan percuma termasuk pemeriksaa­n tekanan darah, kandungan gula dalam darah, latihan CPR dan lain-lain,” katanya.

Sandra turut mengingatk­an penderma supaya mengambil jumlah makanan dan minuman mencukupi sebelum mereka menderma darah.

“Tidur awal malam sebelumnya dengan tidur sekurang-kurangnya lapan jam, jangan mengambil alkohol.

“Mereka juga diingatkan membawa kad pengenalan, kad derma atau buku dan tiba awal sebelum pendaftara­n ditutup,” jelasnya.

Setiap penderma mendapat ‘goodies bag’ bersama baucar bahan api Shell untuk mengisi minyak di Stesen Minyak Grolite terletak di Jalan Ling Kai Cheng di sini.

Hadir sama ialah Pengurus Jualan Grolite Song Tiong Chuan dan Pengarah Kawasan Farmasi PMG dan Ahli Farmasi Erica Ho.

 ?? ?? JOM DERMA DARAH: Sandra (dua kanan), Ho (tiga kanan), Song (lima kiri) dan yang lain bersama gegantung Kempen Derma Darah Grolite Ke-3 yang dijadualka­n pada 3 Mac (Ahad) ini.
JOM DERMA DARAH: Sandra (dua kanan), Ho (tiga kanan), Song (lima kiri) dan yang lain bersama gegantung Kempen Derma Darah Grolite Ke-3 yang dijadualka­n pada 3 Mac (Ahad) ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia