Utusan Borneo (Sarawak)

Polis berusaha keras menangani peningkata­n kes jenayah komersil, penyalahgu­naan dadah

-

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha keras menangani peningkata­n kes jenayah komersil dan penyalahgu­naan dadah di Sarawak khususnya di Sibu.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Macha Ata berkata berdasarka­n statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak, jumlah kes jenayah komersil dicatatkan pada 2023 ialah 2,958 kes berbanding 2,461 kes pada 2022.

Katanya, kerugian dialami masyarakat juga meningkat kepada RM117,064,580.71 pada 2023 berbanding RM65,884,824.19 pada 2022.

“Daerah Sibu turut menyaksika­n peningkata­n ketara dengan 615 kes jenayah komersil direkodkan pada 2023 berbanding 444 kes pada tahun sebelumnya.

“Kerugian dilaporkan mencapai RM16,032,957.72 meningkat daripada RM7,740,531.39 dicatatkan pada 2022,” katanya berucap pada Program Kepolisan

Komuniti di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor di sini semalam.

Mancha berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) juga mencatat peningkata­n tangkapan dadah di daerah Sibu dengan 1,152 tangkapan pada 2023 berbanding 895 tangkapan pada 2022.

Katanya, dalam memerangi jenayah dadah, PDRM terus menekankan komitmen mereka melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

“Selain itu, program kepolisan komuniti turut diperluas untuk meningkatk­an kesedaran dan melibatkan masyarakat bagi memberi maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgu­naan dadah.

“Kita berharap masyarakat Sarawak, khususnya di daerah Sibu bekerjasam­a dengan pihak berkuasa melawan jenayah tersebut.

“Kesedaran jenayah itu bukan sahaja perlu dipertingk­atkan tetapi melibatkan diri secara aktif melaporkan dan mencegah peningkata­n jenayah,” jelasnya.

Pada program sama, Mancha berharap pengenalan National Scam Response Center (NSRC) dan aplikasi ‘Whoscall’ diharapkan dapat membantu masyarakat mengidenti­fikasi dan menghindar­i penipuan siber.

Selain itu, Talian National Scam Response Center (997) dan aplikasi teknologi seperti ‘Whoscall’ juga diharapkan dapat menjadi alat berguna bagi masyarakat melibatkan diri dalam usaha pencegahan jenayah.

“Orang ramai juga boleh memanfaatk­an kemudahan aplikasi ‘Check Scammers’ CCID untuk menyemak nombor telefon dan akaun bank mencurigak­an sebelum melakukan transaksi kewangan,” katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee dan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia