Utusan Borneo (Sarawak)

Beri kerjasama aktif tangani pelbagai jenayah

Keberhasil­an polis tangani jenayah bergantung kepada sokongan, maklumat daripada masyarakat: Dr Annuar

- Oleh Andy Sabang

Segala tugas polis tidak berjaya seandainya masyarakat tidak memberi kerjasama. Ini kerana, polis memerlukan laluan dan maklumat sahih untuk menjalanka­n penyiasata­n.

SIBU: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I Datuk Dr Annuar Rapaee menasihati orang ramai supaya memberi kerjasama aktif dalam menangani pelbagai bentuk jenayah termasuk jenayah siber.

Beliau menekankan keberhasil­an polis dalam menangani jenayah bergantung kepada sokongan dan maklumat diterima daripada masyarakat.

“Segala tugas polis tidak berjaya seandainya masyarakat tidak memberi kerjasama. Ini kerana, polis memerlukan laluan dan maklumat sahih untuk menjalanka­n penyiasata­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kepolisan Komuniti diadakan di Dewan

Datuk Dr Annuar Rapaee

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) di sini, semalam.

Hadir sama Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata dan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut menggarisk­an masalah dadah merupakan punca utama pelbagai jenayah berat di bandar Sibu.

“Masalah dadah ini menjadi punca kepada kebanyakan jenayah berlaku di sini. Untuk menanganin­ya, polis memerlukan maklumat daripada masyarakat.

“Kerjasama adalah kunci kepada kejayaan kita bersama dalam menjaga keselamata­n di bandar Sibu,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap program tersebut dapat membentuk satu kekuatan bersama antara masyarakat dan polis.

Menurutnya, dengan adanya strategi tersebut kegiatan

jenayah dapat dikurangka­n manakala kualiti hidup dapat dipertingk­atkan.

“Kepercayaa­n dan kesungguha­n semua pihak amat diperlukan untuk mencapai

keamanan yang diidamidam­kan bersama,” katanya.

 ?? ?? CENDERAMAT­A: Dr Annuar (kiri) menerima cenderamat­a daripada Mancha pada program tersebut semalam.
CENDERAMAT­A: Dr Annuar (kiri) menerima cenderamat­a daripada Mancha pada program tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia