Utusan Borneo (Sarawak)

Noreen tidak menjangka dinobatkan Duta Miss & Ms Plus World Malaysia

-

Siapa sangka wanita yang pernah memiliki susuk badan besar akhirnya dinobatkan sebagai Duta Miss & Ms Plus World Malaysia dalam All Nation Ambassador Miss & Ms Plus World Malaysia 2024 pada bulan lalu.

Pada 19 Januari lalu, di Galaxy Hall Sentul Kuala Lumpur, Noreen@Noreeny Manggie, 38, berasal dari Sibu diberi penghargaa­n serta pengiktira­fan sebagai duta kepada Miss & Ms Plus World Malaysia.

Menurutnya, ia adalah satu penghormat­an tidak disangka serta satu pencapaian tidak ada dalam kotak fikirannya selama ini.

“Miss & Ms Plus World Malaysia adalah rasmi untuk pertanding­an antarabang­sa meraikan inti pati wanita berisi menjadi ratu antarabang­sa, tokoh atau model.

“Kerana semua kita percaya cantik bukan ukuran badan sahaja tetapi dari luar dan dalam serta hati di mana setiap wanita layak diraikan.

“Dengan pengiktira­fan itu, ia adalah suatu penghormat­an serta penghargaa­n buat kami yang pernah bersaiz besar ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Noreen berkata, beliau datang untuk menyokong acara itu kerana beliau merupakan salah seorang wanita yang pernah bersaiz besar.

“Seperti maklum, saya pernah bersaiz XL tetapi kini M. Cabaran saya hadapi apabila mengurangk­an berat badan amatlah mencabar lebih-lebih lagi saya tidak dapat melakukan aktiviti lasak.

“Ini kerana saya salah seorang pesakit scoliosis (kecacatan tulang belakang) tetapi atas nasihat doktor saya ikuti semua aktiviti khas untuk saya seperti berenang dan beryoga dengan tidak lupa mengurangk­an pengambila­n gula dalam makanan dan minuman harian,” katanya.

Berkat kesabaran dan disiplin diamalkan selama ini, akhirnya Noreen berjaya menjadikan badannya lebih ramping dan menarik.

“Dengan keterampil­an saya kini, saya lebih bersemanga­t serta amat yakin. Tetapi saiz bukan penghalang buat kita untuk maju dan berjaya,” katanya yang merupakan seorang jururawat.

Beliau memberitah­u, keyakinan harus ada untuk semua peringkat usia kerana tiada mustahil asalkan ada kemahuan.

Justeru, Noreen berharap agar acara seperti itu diteruskan sebagai motivasi kepada wanita yang ingin melangsing­kan badan secara profesiona­l.

“Dengan mengurangk­an berat badan ia banyak memberi manfaat untuk tubuh serta kesihatan saya.

“Dengan peluang ini, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada sahabat baik saya Kimi Tomas, bekas Mrs Global Asian 2023 yang banyak mendedahka­n saya ke dunia ‘pageant’ dan Monkii Global Holdings dengan kerjasama I-Creative Event Sdn Bhd kerana memberi kepercayaa­n kepada saya memberi penghargaa­n sebagai All Nation Ambassador Miss & Ms Plus World Malaysia 2024,” katanya.

Pada acara itu, All Nation Ambassador Miss & Ms Plus World Malaysia 2024 disaksikan oleh barisan kenamaan seperti Yang Mulia Tengku Dato’ Dr Hishammudd­in Zaidi, Y.A.M Tengku Bendahara Azman

Shah dan Yang Mulia Raja Omar Raja Abdullah Omar, Duli Yang Amat Mulia Tunku Soraya Almarhum Tengku Abdul Aziz, Yang Mulia Dr Raja Putra Shah serta Pengarah Atelier Clinic Dr Sam Kuan dan Pengasas Phytoscien­ce Puan Sri Datin Sri Ela Tan dan artis-artis tempatan.

 ?? ?? PENGIKTIRA­FAN: Noreen (tengah) menerima selempang dan mahkota Duta Miss & Ms Plus World Malaysia di Kuala Lumpur.
PENGIKTIRA­FAN: Noreen (tengah) menerima selempang dan mahkota Duta Miss & Ms Plus World Malaysia di Kuala Lumpur.
 ?? ?? NOREEN MANGGIE
NOREEN MANGGIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia