Utusan Borneo (Sarawak)

Hormati ibu bapa sementara mereka masih ada, kata Ting

Contohi sikap yang sering ditunjukka­n oleh PMACLKM

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Sikap taat setia dan sentiasa menghormat­i orang tua yang sering ditunjukka­n oleh Persatuan Meningkatk­an Akhlak Che LeeKhorMir­i(PMACLKM) harus dijadikan contoh terbaik oleh golongan muda dengan melakukan perkara sama kepada ibu bapa mereka.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I Datuk Sebastian Ting berkata sikap mengasihi dan berbakti kepada ibu bapa harus dilakukan dengan sepenuh hati dan tanpa rasa ragu-ragu.

“Waktu bersama ibu bapa dan warga emas sebenarnya amat terhad, kasih sayang yang ditunjukka­n kepada mereka meskipun sederhana sudah cukup untuk menunjukka­n anda amat menghargai mereka. Jadi, jangan tunggu sehingga terlambat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran persatuan tersebut di sini malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu berkata, sejak tiga tahun kebelakang ini beliau kehilangan beberapa orang tersayang termasuk isterinya yang meninggal dunia kerana sakit.

Justeru, beliau menggesa semua orang yang masih memiliki orang-orang tersayang supaya sentiasa menghargai mereka terutama ahli keluarga sementara masih ada waktu.

Dalam pada itu, sebagai menyokong aktiviti kemasyarak­atan anjuran PMACLKM, beliau menjanjika­n peruntukan

RM3,000 sebagai angpau untuk diagihkan kepada kanak-kanaksemas­aperayaan Tahun Baharu Cina tahun depan dan RM5,000 lagi untuk insentif pendidikan masyarakat.

Sementara itu, Pengerusi PMACLKM Tony Pui ingin menggalakk­an lebih ramai pesara dan warga emas menyertai pertubuhan tersebut dan mengambil bahagian dalam aktiviti amal anjuran mereka.

Katanya, golongan warga emas melalui banyak fasa dalam kehidupan mereka termasuk saat suka serta duka dan banyak ilmu berharga mereka miliki.

“Sekurang-kurangnya dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarak­atan, mereka boleh mendedikas­ikan lebih banyak masa memupuk hubungan dengan pembimbing rohani dan individu, menegakkan prinsip moral, membantu yang lemah dan terlibat

Waktu bersama ibu bapa dan warga emas sebenarnya amat terhad, kasih sayang yang ditunjukka­n kepada mereka meskipun sederhana sudah cukup untuk menunjukka­n anda amat menghargai mereka. Jadi, jangan tunggu sehingga terlambat.

Datuk Sebastian Ting Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I

dalam lebih banyak aktiviti kebajikan yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

“Justeru, saya berharap pesara dapat menyahut seruan bergiat aktif melakukan kebaikan di sisa usia yang ada agar di akhirat nanti mereka dapat menikmati rahmat dan balasan kebaikan daripada sang pencipta,” jelasnya.

Menurutnya, seperti pertubuhan lain persatuan mereka juga perlu menarik lebih ramai golongan muda mengambil bahagian secara aktif.

Beliau berharap lebih ramai golongan muda melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat terutama projek amal dan menyediaka­n landasan sesuai untuk mereka mempamerka­n bakat.

“Mereka juga harus melengkapk­an diri dengan pelbagai ilmu kemanusiaa­n agar dapat menjadi penyambung warisan kebaikan dan insaniah untuk generasi masa depan,” katanya.

 ?? ?? HARGAI: Ting (dua kanan) bersama Tony (kanan) serta Benson selaku pengerusi penganjur majlis (kiri) menyampaik­an hadiah dan angpau kepada warga emas.
HARGAI: Ting (dua kanan) bersama Tony (kanan) serta Benson selaku pengerusi penganjur majlis (kiri) menyampaik­an hadiah dan angpau kepada warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia