Utusan Borneo (Sarawak)

Agong beri lampu hijau ambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen melampaui batas

- KUALA LUMPUR:

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberikan green light atau lampu hijau kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara yang melampaui batas, ketika bersidang.

Seri Paduka Baginda dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 semalam bertitah tindakan itu, termasuk mengenakan penggantun­gan selama 14 hari kepada Ahli Parlimen yang terlibat, jika mereka masih berdegil.

“Suka saya ingatkan bahawa Parlimen ini tempat para penggubal undangunda­ng berhimpun untuk membuat peraturan dan Yang Berhormat semua para penggubaln­ya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang dibuat.

“Oleh yang demikian, saya harap semua ahli dewan akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini. Jaga adab dan tatatertib serta gunakan tutur kata yang sopan, bukannya memaki hamun orang lain. Kalau tengok perangai ahli dewan sebelum ini, saya pun rasa malu hendak masuk ke dewan ini,” titah Sultan Ibrahim.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim bertitah untuk itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara mesti menjalanka­n tugas dengan tegas, bagi memastikan semua Ahli Mesyuarat mematuhi peraturan sepanjang tempoh persidanga­n.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut mengingatk­an semua Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkan­g supaya bersatu hati, berganding bahu dan bekerjasam­a membangunk­an negara, demi kepentinga­n seluruh rakyat Malaysia.

“Di mata saya, kejayaan atau kegagalan negara ini bukan terletak di bahu Perdana Menteri sahaja, tetapi juga di bahu semua 222 Ahli Dewan Rakyat, yang telah diamanahka­n oleh rakyat sebagai wakil mereka di dalam kerajaan,” titah Seri Paduka Baginda.

Terdahulu, keberangka­tan tiba Seri Paduka berdua pada 10 pagi di Dataran Parlimen, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut menyambut keberangka­tan tiba Seri Paduka Baginda berdua ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGAMINKA­N DOA: Sultan Ibrahim berkenan mengaminka­n doa selepas menyampaik­an Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat semalam.
— Gambar Bernama MENGAMINKA­N DOA: Sultan Ibrahim berkenan mengaminka­n doa selepas menyampaik­an Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia