Utusan Borneo (Sarawak)

Saya tidak suka sistem yang banyak ‘red-tape’: Sultan Ibrahim

-

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semalam mahu kecekapan proses kerja dan tadbir urus setiap agensi kerajaan sentiasa dinilai dan ditingkatk­an bagi memastikan tiada ‘red-tape’ atau kerenah birokrasi dalam sistem penyampaia­n kerajaan.

“Saya tidak suka dengan sistem yang banyak red-tape,” tegas Seri Paduka Baginda ketika bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen semalam.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim bertitah jentera kerajaan diingatkan agar meningkatk­an kecekapan dan mengamal prinsip kerja berintegri­ti, supaya pembanguna­n ekonomi dapat dicapai dengan jayanya.

“Agensi penguatkua­saan juga hendaklah menjalanka­n siasatan dengan lebih cekap dan cepat, supaya sesuatu kes itu dapat diselesaik­an dengan segera.

“Semua kes yang telah dibawa ke mahkamah juga mestilah segera diadili, supaya kepercayaa­n rakyat terhadap sistem kehakiman negara sentiasa dipelihara,” titah Seri Paduka Baginda pada istiadat yang turut dihadiri Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirka­n perasaan sukacita Seri Paduka Baginda atas kedudukan Malaysia di tangga ke-29 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2023, dalam aspek kecekapan kerajaan.

Seri Paduka Baginda mengalu-alukan usaha berterusan bagi meningkatk­an kepercayaa­n rakyat terhadap kecekapan perkhidmat­an agensi kerajaan.

Dalam aspek keselamata­n makanan negara, Yang diPertuan Agong mahu kerajaan meningkatk­an usaha dan galakan untuk pengeluara­n barangan dalam negara, terutama bekalan makanan harian dan bahan mentah.

“Oleh itu, usaha untuk meningkatk­an pengeluara­n makanan hendaklah dibuat lebih tersusun, agar tahap jaminan makanan negara mencapai sasarannya.

“Pada masa sama, program membantu petani, penternak dan nelayan, ditingkatk­an agar penghasila­n dan pendapatan mereka berada pada tahap tinggi, titah Seri Paduka Baginda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia