Utusan Borneo (Sarawak)

Agong tidak layan permintaan gugat kestabilan politik

Sekiranya ada pihak hendak bermain politik, mereka perlu menunggu pada masa pilihan raya akan datang

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semalam mengingatk­an bahawa baginda tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik negara.

Dalam titah sulung selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas, Sultan Ibrahim bertitah semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormat­i Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.

Seri Paduka Baginda juga menegaskan sekiranya ada pihak yang hendak bermain politik, mereka perlulah menunggu pada masa pilihan raya akan datang.

“Semua pihak sedia maklum keutamaan saya adalah keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia di luar sana. Oleh itu, saya berharap semua ahli yang berhormat akan menumpukan usaha untuk membela nasib mereka, bukannya untuk kepentinga­n parti politik atau diri sendiri,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen semalam, yang turut dihadiri Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Ahli-ahli Dewan Negara.

Terdahulu, Sultan Ibrahim turut menzahirka­n penghargaa­n kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun lepas dengan adil dan bijaksana.

“Insya-Allah, dengan limpah kurnia serta izin-Nya, saya akan memikul amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas dan meneruskan pemerintah­an yang mengutamak­an kemakmuran negara dan kesejahter­aan hidup rakyat,” titah Seri

Semua pihak sedia maklum keutamaan saya adalah keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia di luar sana. Oleh itu, saya berharap semua ahli yang berhormat akan menumpukan usaha untuk membela nasib mereka, bukannya untuk kepentinga­n parti politik atau diri sendiri.

Sultan Ibrahim Yang di-Pertuan Agong

Paduka Baginda.

Al-Sultan Abdullah menamatkan penggal pemerintah­an

sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari lepas.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirka­n penghargaa­n kepada Perdana

Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota pentadbira­n kerajaan yang telah mentadbir negara dengan sempurna.

Sultan Ibrahim berpesan agar anggota pentadbira­n sentiasa merasai denyut nadi rakyat kerana adalah menjadi kewajipan kerajaan untuk membela nasib mereka.

Terdahulu, baginda berkenan memeriksa pasukan

Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Parlimen yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TITAH DIRAJA: Sultan Ibrahim berkenan menyampaik­an Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat semalam. Turut berangkat Raja Pemaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
— Gambar Bernama TITAH DIRAJA: Sultan Ibrahim berkenan menyampaik­an Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat semalam. Turut berangkat Raja Pemaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia