Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba berjaya selamatkan dua lot kedai daripada musnah terbakar

-

Hasil tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamat­kan dua lot kedai daripada musnah terbakar dalam kejadian berlaku di pekan Limbang tengah malam kelmarin.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam kebakaran itu.

Sementara itu menurut Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 7 Limbang Penguasa Bomba Ramlan Marajan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran bangunan kedai itu sekitar jam 12.42 pagi semalam.

Bertindak atas maklumat diterima katanya, sepasukan anggota telah bergerak ke lokasi yang terletak pada jarak dua kilometer.

“Setiba di tempat kejadian, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah bangunan kedai lama dua tingkat yang berstruktu­r tidak kekal.

“Kebakaran hanya melibatkan bahagian bawah dua lot kedai berkeluasa­n 40 x 20 kaki, dengan lot pertama terbakar 50 peratus dan lot kedua 30 peratus,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n semalam.

Berikutan itu kata Ramlan, PKO terus melakukan kerjakerja pemadaman secara ofensif dengan membuka ‘rollershut­ter’terlebihda­hulu dan kemudian menggunaka­n satu aliran 200 kaki dua nozel dan satu salur bantu mula.

Api yang marak berjaya dikawaldal­amtempohku­rang setengah jam dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 1.30 pagi.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku memandangk­an tiga penghuni iaitu dua orang yang menyewa di tingkat atas lot pertama dan seorang di tingkat atas lot kedua sempat keluar menyelamat­kan diri.

Selesai operasi, PKO bertolak balik ke balai.

 ?? ?? SELAMAT: Kelihatan seorang anggota bomba memadam kebakaran yang melibatkan bahagian bawah dua lot kedai di Jalan Merdeka, bandar Limbang awal pagi semalam.
SELAMAT: Kelihatan seorang anggota bomba memadam kebakaran yang melibatkan bahagian bawah dua lot kedai di Jalan Merdeka, bandar Limbang awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia