Utusan Borneo (Sarawak)

Ceroboh kilang kuari, dua sekawan dipenjara dua bulan

-

Dua sekawan masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret semalam selepas mengaku bersalah melakukan penceroboh­an di sebuah kilang kuari di Jalan Batu Kawa di sini, bulan lepas.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintah­kan hukuman penjara bagi Japilus Hairani, 37, dan Mohd Asrol Faezan Hajeli, 29, untuk dikuatkuas­akan mulai dari tarikh tangkap.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Mereka didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu di sebuah kilang kuari di Jalan Batu Kawa di sini pada 16 Januari 2024, sekitar jam 3.15 petang.

Mengikut fakta kes, pengawal keselamata­n (pengadu) serta rakan sekerja melakukan pemeriksaa­n di sekitar kawasan kilang kuari tersebut dan seterusnya menangkap dua lelaki yang tidak dikenali kerana disyaki menceroboh masuk ke dalam premis berkenaan.

Laporan polis dibuat dan kedua-dua lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk ditangkap semula pada hari sama, sekitar jam 5.30 petang.

Hasil siasatan mendapati dua sekawan tersebut telah masuk ke dalam kawasan kilang kuari tanpa kebenaran sah, malah gagal mengemukak­an sebarang dokumen untuk masuk ke dalam kilang.

Selain itu, keduadua lelaki itu juga gagal memberikan sebarang alasan munasabah mengenai keberadaan mereka di kilang berkenaan.

Duasekawan­tersebutti­dak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia