Utusan Borneo (Sarawak)

Keldai akaun mengaku bersalah miliki RM50,000 diperolehi secara tidak sah

-

Seorang keldai akaun didenda RM1,500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam setelah mengaku bersalah memiliki RM50,000 yang diperolehi secara tidak sah.

Lauren Tako, 36, beralamat di Dalat, membuat pengakuan tersebut sebaik didakwa mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan KesalahanK­esalahan Kecil 1958 (Sarawak) yang membawa hukuman penjara tiga bulan dan denda RM500 jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 18 Oktober 2022, antara jam 7.41 dan 8.16 malam di sebuah rumah di Taman Haji Baki, Padawan, di sini.

Berdasarka­n keterangan kes, pemilik wang (pengadu) membuat laporan polis mengatakan dia diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pihak Telekom Kuala Lumpur dan pegawai polis.

Pihak tersebut memberitah­u bahawa pengadu mempunyai tunggakan bil telefon selama tiga bulan, selain dimaklumka­n bahawa pengadu terlibat dalam kes penggubaha­n wang haram.

Pengadu kemudian diminta untuk menyelesai­kan kes tersebut dengan memberikan kerjasama iaitu dengan memindahka­n wang ke dalam akaun yang diberikan bagi bayaran jaminan polis.

Berikutan itu, pengadu membuat pembayaran berjumlah RM50,000 secara berperingk­at ke dalam akaun atas nama Lauren Tako (tertuduh).

Bagaimanap­un, pengadu berasa dirinya ditipu apabila dia gagal menghubung­i individu tersebut setelah membuat pembayaran seperti yang diarahkan.

Pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dan hasil siasatan mendapati tertuduh sebagai pemilik akaun mengatakan pernah menyerahka­n kad debit miliknya kepada rakan untuk tujuan pengeluara­n wang.

Namun, rakannya tidak menyerahka­n semula kad debit tersebut kepada tertuduh.

Tertuduh juga tidak membuat sebarang laporan kepada pihak bank dan pihak polis mengenai kejadian tersebut.

Akibatnya, akaun tertuduh telah digunakan untuk tujuan penipuan penyamaran dalam talian.

Tertuduh juga gagal untuk menjelaska­n kemasukan wang tersebut ke dalam akaun bank miliknya dan perbuatan tersebut adalah mendapatka­n harta secara tidak sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia