Utusan Borneo (Sarawak)

Kegiatan lumba haram di Sibu dipandang serius

Polis keluar hampir 1,000 notis saman, hadapkan 21 penunggang motosikal ke mahkamah tahun lepas

- Ketua Polis Daerah Sibu — Bernama

SIBU: Polis memandang serius kegiatan lumba haram di bandar ini dengan mengeluark­an hampir 1,000 notis saman melalui Ops Samseng Jalanan dan menghadapk­an 21 penunggang motosikal ke mahkamah pada tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata operasi berkenaan akan menjadi keutamaan dan dilaksanak­an dari semasa ke semasa sejak beliau bertugas di daerah itu kira-kira dua tahun lepas.

“Saya memang ambil berat (masalah lumba haram)… bukannya hanya masyarakat ambil berat dan salur maklumat terus kepada saya, malah YB (Yang Berhormat) pun ada juga salur terus maklumat kepada saya.

“Saya dah arah Ketua Bahagian (Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik) bukan hanya keluar saman kepada penunggang, panggil ibu bapa dan saman mereka sekali serta sita motosikal tersebut tetapi perkara ini berterusan berlaku,” katanya menjawab pertanyaan seorang daripada ketua kaum pada Program

Kepolisan Komuniti Bersama Pesuruhjay­a Polis Sarawak di sini semalam.

Program yang dirasmikan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaae serta Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus.

Program terbabit bertujuan meningkatk­an kesedaran masyarakat tentang kepentinga­n pencegahan jenayah dan tanggungja­wab bersama-sama membantu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencegahny­a selain platform bersemuka dengan pucuk pimpinan tertinggi PDRM bagi membincang serta mencari jalan penyelesai­an isu jenayah.

Zulkipli berkata mereka yang terlibat dalam lumba haram itu terdiri daripada golongan remaja seawal usia 16 tahun manakala motosikal diubah suai termasuk ekzos yang mengeluark­an bunyi bising.

“Saya menyeru ketuaketua kaum dan ahli-ahli keluarga, pantaulah anakanak kerana tanggungja­wab bermula dari rumah.

“Tanpa pemantauan daripada ahli keluarga dan ibu bapa, kita tidak dapat mengatasi perkara ini 100 peratus. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak,” katanya.

“Saya memang ambil berat (masalah lumba haram)… bukannya hanya masyarakat ambil berat dan salur maklumat terus kepada saya, malah YB (Yang Berhormat) pun ada juga salur ” terus maklumat kepada saya. ACP Zulkipli Suhaili

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia