Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak keluarga kurang berkemampu­an perlu dibantu

Bantuan sewajarnya perlu diberi untuk membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan, kata Fatimah

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampu­an perlu diberikan bantuan sewajarnya untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Demikian kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui pemberita semalam.

“Sebab saya seorang bekas guru, bagi saya pendidikan itu sangat penting bagi keluarga yang miskin terutama sekali keluarga susah yang berpendapa­tan cukup-cukup walaupun melepasi garis kemiskinan RM2,500.

“Dan untuk keluar daripada ini adalah melalui pendidikan dan pendidikan juga tidak dapat dinikmati disebabkan masalah yang dihadapi. Apalah masa depan untuk kanak-kanak ini.

“Jadi kemiskinan itu akan terus diwarisi oleh mereka dan ini yang kita tidak mahu, Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) Sarawak adalah pembasmian kemiskinan dan kita tidak mahu kemiskinan diwarisi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan susulan terhadap Nor Aliff Syukri Roslee, 7, penghuni rumah pangsa KMC yang ditemui berkeliara­n baru-baru ini oleh pihak berkuasa.

Bagaimanap­un, beliau meminta agar ketiga-tiga anak kepada pasangan Roslee Zainuddin Kaladi, 42 dan isterinya, Patimah Usop, 40, diagnosa oleh pakar kanakkanak di HUS dan OSEIC.

Fatimah percaya anak

Sebab saya seorang bekas guru, bagi saya pendidikan itu sangat penting bagi keluarga yang miskin terutama sekali keluarga susah yang berpendapa­tan cukup-cukup walaupun melepasi garis kemiskinan RM2,500.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

sulung kepada pasangan itu, Nokairul Roslee, 13, mempunyai potensi untuk dibantu selain adiknya Nor Aliff Syukri Roslee, 7, dalam bidang pendidikan.

“Bantuan pendidikan ada disediakan, kita hendak meminta daripada Yayasan Sarawak tadi kerana telah berhubung dengan bekas pengarah Yayasan Sarawak mengenainy­a.

“Jadi nama sudah diberi tadi dan mudah-mudahan ikut prosedur yang biasa ialah mereka akan turun padang dan menilai sendiri tentang latar belakang dan sebagainya,” tegas beliau.

Fatimah turut menyampaik­an bantuan lampin pakai buang, bantal, tilam, tikar dan sebagainya kepada keluarga Roslee yang diwakili Patimah semalam.

 ?? ?? RINGANKAN BEBAN: Fatimah (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Patimah (kiri) dan keluargany­a di kediaman mereka di Flat KMC semalam.
RINGANKAN BEBAN: Fatimah (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Patimah (kiri) dan keluargany­a di kediaman mereka di Flat KMC semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia