Utusan Borneo (Sarawak)

PDU akan berada di Sarikei, Sri Aman, Miri, Sibu, Limbang, Kapit, 1-15 Mac

-

Perkhidmat­an Doktor Udara (PDU) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) akan berada di Sarikei, Sri Aman, Miri, Sibu, Limbang dan Kapit dari 1 hingga 15 Mac 2024.

Menurut satu kenyataan, di Sarikei pasukan dijangka berada di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Kota dan Rumah Aja, Ulu Entaih pada 1 Mac; Rumah Barak dan SRK Jambu (4 Mac), Rumah Tawie dan Rumah Janting (5 Mac); Rumah Enggie dan Kemalih (6 Mac); Rumah Bugie dan SRK Ju (7 Mac) serta Rumah Kiroh dan Rumah Umar (8 Mac).

PDU juga akan berada di Sri Aman iaitu Rumah Siba, Perdu, Ulu Spak dan Rumah Thomas, Banggai pada 11 Mac; Rumah Munggu Sawa, Pantu dan Rumah Mamut Langgir Lingga (12 Mac); Rumah Rimong, Begantong dan Rumah Lidom, Sungai Paya, Menjuau (13 Mac); Rumah Nyandang Ulu Akup, Skrang dan Rumah Bada, Ng Talong, Ulu Engkari (14 Mac); Ng Bawie, Ulu Lemanak (15 Mac).

Pasukan perubatan itu juga akan memberi perkhidmat­an di Limbang iaitu Sungai Adang 1 Mac serta Pa Berunut dan Pa Puti (4 Mac).

Di Miri pasukan ini akan berada Pa Tik, Long Dano dan Pa Lungan pada 5 Mac; Long Seridan dan Long Balau (6 Mac); Long Palai (7 Mac); Ba Itam (8 Mac 8); Long Tebangan (11 Mac); Ba Abang (12 Mac); Apau Nyaring (13 Mac); Ba Lamam (14 Mac) dan Long Kerong (15 Mac).

Mereka juga dijadual akan ke Sibu iaitu di Rumah Gayut dan Nanga Arau (1 Mac); Rumah Ansi dan Rumah Asun (4 Mac); Rumah Jarau, Jagau dan Rumah Unjan, Poi (5 Mac); Rumah Seliau dan Rumah Tuan (6 Mac); Rumah Engkayau, Ulu Machan dan Rumah Janting (7 Mac).

Di Kapit pula PDU akan berada di Rumah Nunga dan Rumah Manila (8 Mac); Rumah Liun dan Rumah Messop, Ibau (11 Mac); Rumah Majo dan Rumah Kennedy (12 Mac); Rumah Ajan Long Singut (13 Mac); Rumah Achau dan Rumah Ngelambong (14 Mac); Rumah Ai Ak Jalin Sungai Entawa, Bena, Balleh (15 Mac).

Orang ramai boleh menghubung­i Pembantu Perubatan Kanan Bahagian Pembanguna­n Kesihatan Keluarga Bahagian Junaidi Othman di talian 082473200 (sambungan 416).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia