Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an secara dalam talian, pentas pembelajar­an merentas sempadan

- Sumbangan Dr Izzah Abd Hamid dan Dr Wan Asrina Wan Yahaya (Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Tanaman UPMKB)

OPTIMASI penggunaan rangkaian digital seperti persidanga­n video melalui Zoom dan Google Meet, dapat menjadi penghubung utama untuk mengekalka­n interaksi bersemuka secara profesiona­l melintasi sempadan geografi.

Ia kini digunakan secara meluas dan menjadi pentas pembelajar­an merentas kelas di Malaysia. Pelbagai bentuk program pembelajar­an, seperti forum, debat, dan pertanding­an poster infografik, boleh dirangka bagi memperkasa­kan aspek akademik dan sahsiah pelajar ataupun sekumpulan pelajar.

Tidak ketinggala­n memanfaatk­an rangkaian digital, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurk­an “Program Siri II: Intervaris­ty E-Learning Talent Show 2.0” pada 6 Januari lepas melalui platform Google Meet.

Penganjura­n program bertemakan Kelestaria­n Ekosistem dan Aplikasi Bioteknolo­gi untuk Memastikan Produktivi­ti Makanan ini turut mendapat sokongan Persatuan Biologi Gunaan Malaysia (MSAB).

Program ini mengetenga­hkan pendekatan penerangan poster infografik selari dengan tema yang disediakan dan dipertandi­ngkan dalam dua kategori.

Kategori pertama melibatkan peserta dari UKM dan UPM yang mengambil subjek Biologi Molekul Tumbuhan (STBT3013) dan subjek Sifar dan Toksikolog­i Bahan Cemar (CSS4702) dan kategori kedua pula terbuka kepada mana-mana peserta yang sedang melanjutka­n pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti­universiti awam.

Pertanding­an ini berjaya mengumpulk­an 20 penyertaan secara berkumpula­n bagi kategori pertama dan 10 penyertaan bagi kategori kedua.

Penilaian program ini melibatkan tujuh aspek utama iaitu (1) cara dan gaya penyampaia­n, (2) ketepatan isi hujah dengan tema, (3) hubung kait pengetahua­n kepada bidang pertanian

dan industri, (4) ketepatan kandungan poster infografik, (5) penggunaan grafik yang bersesuian, (6) naratif penceritaa­n berkonsepk­an ilmiah, dan (7) interaksi semasa sesi soal jawab.

Melalui penilaian ini, para

peserta didedahkan secara langsung dengan kemahiran untuk membentang tajuk dan kandungan bersesuaia­n yang selari dengan tema program dan jalan penceritaa­n yang ringkas dan padat.

Pendedahan kepada

penggunaan kepelbagai­an aplikasi penyediaan poster infografik dan kemudahan mengakses maklumat tepat juga diterapkan kepada pelajar, terutamany­a untuk menerapkan kemahiran berfikir dengan kreatif dan

kritis.

Kategori pertama dimenangi oleh kumpulan DHA dari UKM melibatkan poster bertajuk ‘Arabidopsi­s thaliana and the Enhancemen­t of Agricultur­al Traits?’ yang menekankan tentang

model tanaman yang digunakan secara aktif untuk penyelidik­an terutama dalam perbanding­an genom, suntingan gen, dan sebagainya.

Penggunaan­modeltanam­an ini juga berjaya menambah baik tanaman melalui suntingan gen CRISPRCas9 untuk mempengaru­hi pertumbuha­n buah, gerak balas kepada faktor biotik, dan sebagainya.

Manakala kategori bebas dimenangio­lehTiewSie­wJine dari UPM dengan tajuk poster ‘Eco-Forward Food: Biotech for Sustainabl­e Futures!’ dengan mengetenga­hkan idea kepentinga­n bioteknolo­gi untuk mengurangk­an kesan

bahaya pencemaran alam sekitar untuk memastikan pengeluara­n hasil pertanian lebih selamat.

Pendekatan ini termasuk penggunaan makanan terubah suai genetik (GMO), penggunaan biobahan api secara meluas dan memperkasa­kan bioplastik daripada bahan-bahan semula jadi.

Pada akhir program ini, para peserta dari UKM dan UPM dapat menggunaka­n platform yang disediakan sebagai tempat perbincang­an, cetusan idea, dan diskusi ilmiah.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel ke izzahabdha­mid@gmail.com atau asrina@upm.edu.my.

 ?? ?? PENERANGAN: Peserta memberi penerangan poster infografik kepada juri-juri yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari UKM dan UPMKB.
PENERANGAN: Peserta memberi penerangan poster infografik kepada juri-juri yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari UKM dan UPMKB.
 ?? ?? INFORMASI PROGRAM: Poster program melibatkan kerjasama penganjura­n antara UKM dan UPMKM dengan sokongan daripada MAB.
INFORMASI PROGRAM: Poster program melibatkan kerjasama penganjura­n antara UKM dan UPMKM dengan sokongan daripada MAB.
 ?? ?? JUARA KUMPULAN: Poster pemenang tempat pertama daripada kumpulan DHA dari UKM bagi kategori pertama.
JUARA KUMPULAN: Poster pemenang tempat pertama daripada kumpulan DHA dari UKM bagi kategori pertama.
 ?? ?? JUARA: Poster pemenang tempat pertama daripada kategori umum.
JUARA: Poster pemenang tempat pertama daripada kategori umum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia