Utusan Borneo (Sarawak)

Ulam raja boleh cegah demensia: Penyelidik UKM

- Oleh Muhammad Basir Roslan

DEMENSIA merupakan satu keadaan kesihatan yang menjejaska­n daya ingatan, berfikir serta kemampuan melakukan kegiatan harian, dan lazimnya dialami oleh mereka yang sudah lanjut usia.

Justeru, unjuran Malaysia berstatus negara menua kirakira enam tahun lagi pada 2030, iaitu apabila penduduk berumur 60 tahun ke atas merangkumi 15.3 peratus daripada populasi, risiko peningkata­n kes individu mengalami demensia juga bertambah.

Setakat ini juga demensia tidak mempunyai penawar.

Bagaimanap­un, kajian sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati demensia dapat dicegah dari awal dengan pengambila­n ulam raja atau nama saintifikn­ya Cosmos caudatus.

“Kajian kami sebelum ini berkaitan jus buah tropika, menunjukka­n kesan perlindung­an terhadap demensia. Ini mendorong kami melihat pada kebaikan ulam-ulaman, dan kami dapati ulam raja adalah ulam terbaik kerana mengandung­i kadar polifenol yang tinggi,” kata ketua penyelidik Prof Dr Suzana Shahar kepada Bernama.

PERTAMA DI DUNIA

Jelas Suzana yang juga Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM, polifenol adalah agen pencegah kecelaruan fungsi kognitif (MCI) atau keadaan prademensi­a yang cukup berkesan kerana mampu meningkatk­an tahap antioksida­n dalam darah dan membina sel neuron yang baharu.

“Polifenol ini penting dari segi penjagaan kesihatan otak

kerana pigmen dalam ulam raja ini mampu menembusi sistem peredaran darah dalam otak serta merangsang selsel di bahagian dorsolater­al prefrontal cortex (bahagian otak yang dikaitkan dengan kawalan kognitif), sekali gus meningkatk­an fungsi kognitif global,” jelasnya.

Menurut beliau, polifenol sukar ditemukan dalam buah-buahan dan sayursayur­an lain.

“Ada produk kesihatan lain yang memanfaatk­an polifenol, namun biasanya untuk merawat penyakit kencing manis dan hipertensi. Kami adalah pasukan penyelidik pertama (di dunia) yang berjaya menghasilk­an produk sebegini,” katanya.

Menurut beliau, menerusi kajian yang bermula pada 2017 dan menggunaka­n geran Kementeria­n Pendidikan Tinggi, pasukannya menghasilk­an ekstrak ulam raja dalam bentuk cecair yang kemudian diadun dengan quercetin dan quercitrin serta ekstrakbua­h-buahanberi­bagi dijadikan produk makanan kesihatan tambahan.

“Kami berjaya pasarkan produk yang dinamakan MindLumina ini pada November 2023 menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat swasta, iaitu Aurora Health Sdn Bhd,” kata beliau.

UJIAN KLINIKAL DUA TAHUN

Mengulas lanjut, Suzana berkata penghasila­n MindLumina menempuh proses yang ketat, termasuk ujian klinikal melibatkan sukarelawa­n selama dua tahun bermula 2018.

“Pada peringkat awal, pasukan penyelidik bekerjasam­a dengan Institut Pembanguna­n Bioproduk

Universiti Teknologi Malaysia bagi menghasilk­an serbuk ulam raja yang kemudianny­a dipatenkan dan dilesenkan di bawah Aurora Health.

“Kemudian kami kumpulkan 48 orang warga emas berusia 60 ke atas di sekitar Lembah Klang bagi menjalani ujian klinikal ini. Kesemua mereka mengalami MCI namun berada dalam keadaan sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit serius seperti buah pinggang atau hati,” jelasnya.

Beliau berkata sukarelawa­n terbabit dibahagika­n kepada dua kumpulan, iaitu yang mengambil ekstrak serbuk ulam raja dalam bentuk kapsul dan satu lagi mengambil plasebo (kapsul tanpa ekstrak ulam raja).

“Mereka perlu mengambil dua kapsul setiap hari selama tiga bulan dan perlu menjalani beberapa ujian kognitif global, termasuk menjawab beberapa set soalan Profile of Mood States (POMS), selain perlu melalui Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI) bagi mengesan rangsangan aktiviti dalam otak,” katanya.

Menurut Suzana, mereka yang mengambil kapsul ekstrak ulam raja mengalami peningkata­n rangsangan fungsi otak berkaitan daya ingatan berbanding kumpulan yang mengambil plasebo.

“Kami dapati berlaku peningkata­n hampir 6.7 peratus fungsi kognitif global, penguranga­n 36.7 peratus terhadap tekanan emosi, 20.9 peratus peningkata­n memori dan fokus, serta penguranga­n 7.2 peratus gangguan mood,” katanya.

Ringkasnya kata beliau, hasil ujian menunjukka­n sukarelawa­n yang mengamalka­n pengambila­n ekstrak ulam raja itu mengalami perubahan positif dari segi daya ingatan dan memori berbanding sebelum pengambila­n makanan kesihatan tambahan tersebut.

JAGA PEMAKANAN

Suzana bagaimanap­un berkata wujud keperluan menjalanka­nkajianseu­mpama itu dengan melibatkan saiz sampel lebih besar serta tempoh kajian yang lebih lama bagi mengukuhka­n dapatan penyelidik­an.

Produk MindLumina yang menerima Anugerah Emas bagi kategori Perubatan dan Penjagaan Kesihatan pada Persidanga­n dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabang­sa 2022 (PECIPTA 2022), boleh didapati di farmasi sekitar Lembah Klang serta sesuai untuk mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas.

Bagaimanap­un beliau menasihati mereka yang mempunyaim­asalahkesi­hatan serius mendapatka­n nasihat doktor terlebih dahulu.

Pada masa sama, Suzana mengesyork­an masyarakat mengamalka­n pengambila­n ulam-ulaman bagi mencegah demensia, selain mencontohi gaya hidup warga emas di

Jepunyangb­anyakmenga­mbil buah-buahan dan sayursayur­an hijau serta aktif melakukan senaman fizikal dan mental.

“Tidak dapat disangkal, ada warga emas di negara ini lebih gemar duduk sahaja serta kurang melakukan senaman fizikal dan mental. Tabiat ini tidak bagus dan perlu diubah.

“Kita perlu ubah gaya hidup memandangk­an laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan dalam kalangan warga emas di Malaysia mendapati kadar kelaziman demensia adalah 8.5 peratus pada 2018 dan dijangka meningkat pada masa akan datang seiring penuaan populasi.

“Keadaanini­tidakterma­suk kadar kelaziman penyakit tidak berjangkit yang juga dijangka terus meningkat setiap tahun, menjadikan masalah ini satu ‘double killer’ terhadap institusi kesihatan awam negara,” katanya dan menambah, semua pihak perlu bertindak secara proaktif bagi memastikan rakyat menua secara sihat dan terus produktif menyumbang kepada negara tanpa beban penjagaan kesihatan dan sosial yang tinggi. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? PROF DR SUZANA
PROF DR SUZANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia