Utusan Borneo (Sarawak)

MOSTI sasar 15 siri STEM Camp seluruh negara tahun ini

- — Bernama

Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarka­n untuk menganjurk­an sekurang-kurangnya 15 siri STEM Camp di sekolah terpilih di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Menterinya Chang Lih Kang berkata ia berikutan cabaran yang dihadapi khususnya di peringkat sekolah untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajar­an STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik).

“STEM Camp merupakan satu inisiatif di bawah program SciTech4U melalui aktiviti pembelajar­an secara tidak formal di luar bilik darjah.

“Program ini juga bertujuan memupuk minat pelajar terhadap ilmu sains, seterusnya meningkatk­an pengetahua­n, menambah baik kemahiran serta memahami aspek aplikasi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI),” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas melawat program rintis STEM Camp di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chen Moh di sini semalam, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung.

Sebanyak 98 murid tahun empat, lima dan enam sekolah berkenaan telah hadir menyertai program STEM Camp terbabit yang antara lain, terdiri daripada segmen membina roket buatan sendiri.

Sementara itu, seorang pelajar Lai You Ning, 10, menyifatka­n STEM Camp sebagai satu pendedahan terhadap proses pembelajar­an Sains kerana dia jarang berpeluang mempelajar­inya secara langsung.

“Bercakap mengenai STEM, lazimnya ia diajar di dalam kelas dan digambarka­n melalui buku teks. Saya menganggap program hari ini sebagai peluang seumur hidup kerana ia telah menarik minat saya lagi untuk mendalami subjek ini,” katanya dan menambah dia sukakan aspek STEM yang mencabar.

Lim Jing Jie, 11, pula berkata program itu memberikan motivasi kepada dirinya untuk mendalami semua perkara yang berkaitan dengan Sains dan Matematik.

“Saya mempunyai kecenderun­gan terhadap mata pelajaran STEM tetapi tidak pernah terfikir bahawa ia boleh menjadi pengalaman yang begitu menarik. Saya harap dapat menyertai lebih banyak program sebegini pada masa hadapan,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Chang (tiga kiri) bersama Lee (kiri) meninjau Program Rintis kem pembelajar­an sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) atau STEM Camp semalam. Program anjuran Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi itu diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chen Moh semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Chang (tiga kiri) bersama Lee (kiri) meninjau Program Rintis kem pembelajar­an sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) atau STEM Camp semalam. Program anjuran Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi itu diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chen Moh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia