Utusan Borneo (Sarawak)

PEDi dikenali sebagai Nadi, mulai 1 Mac

Seiring nama baharu Pusat Sebaran Maklumat Nasional, peranannya akan diperluas

- Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi

BARCELONA: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membuat hebahan, termasuk menghubung­i pengurus Nadi seluruh negara, untuk pastikan beberapa aspek penjenamaa­n dilakukan denga n tertib dan baik.

Beliau berkata seiring nama baharu berkenaan, peranan kesemua 911 pusat Nadi atau PEDi sebelum ini di seluruh negara, termasuk 186 lagi yang akan diwujudkan sepanjang tahun ini, akan diperluas.

“Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membuat hebahan, termasuk menghubung­i pengurus Nadi seluruh negara, untuk pastikan beberapa aspek penjenamaa­n dilakukan dengan tertib dan baik.

“Lebih daripada penjenamaa­n atau menamakan semula PEDi kepada Nadi, ada beberapa aktiviti yang akan direncanak­an semula. Contohnya kita akan tingkatkan pemahaman di peringkat komuniti mengenai program dan inisiatif kerajaan seperti AI untuk rakyat, selain menjadikan Nadi, pusat sebaran maklumat mengenai program, aktiviti, bantuan, usaha, serta senarai bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama dan RTM, ketika ditemui selepas meninjau persiapan Pavilion Malaysia di Kongres Dunia Mudah Alih 2024 (MWC2024) di sini, hari ini (Isnin waktu Malaysia) yang turut dihadiri Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Fahmi berada di Barcelona bagi mengetuai delegasi Malaysia ke MWC2024 dan dijadual menyampaik­an ucap

tama bagi merasmikan Pavilion Malaysia di kongres itu, yang merupakan perhimpuna­n tahunan terbesar industri telekomuni­kasi anjuran badan antarabang­sa Groupe Speciale Mobile Associatio­n.

Fahmi berkata perencanaa­n semula PEDi kepada Nadi, termasuk tugas, tanggungja­wab, aktiviti serta programnya itu merupakan hasil kaji selidik sepanjang tahun lepas, di mana antara dapatannya menunjukka­n komuniti yang mengetahui dan hadir di PEDi sebelum ini, hanya mereka pada lingkungan dua ke tiga kilometer sahaja.

Beliau berkata ia juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu PEDi dirangka semula, bagi

mengimbang­i penambahan elaun diberikan kepada pengurus PEDi seperti diumum 29 Nov lepas.

“Jadi kita ambil hasrat perdana menteri, kita selaraskan berdasarka­n hasil kaji selidik sepanjang 2023 untuk kita pastikan manfaat PEDi ini, dapat dirasai bukan hanya komuniti sekitar premis... Pihak MCMC dan kerajaan membelanja­kan jumlah yang besar, jadi kita ingin lihat jumlah ini dimanfaatk­an bukan hanya satu kampung atau satu taman, tetapi lebih luas,” katanya.

Ke arah tujuan yang sama, beliau berkata bagi meluaskan manfaat Nadi termasuk kepada golongan muda, fungsinya juga akan diteliti untuk turut merangkumi aktiviti dan program di luar premis.

Fahmi berkata pihak kementeria­n turut sedia membantu antara lain Kementeria­n Pendidikan, dalam meningkatk­an tahap celik digital dalam kalangan rakyat, terutama masalah penipuan dalam talian serta manfaat dan bahaya media sosial.

“Ini kita akan lakukan melalui MCMC, Nadi dan sejumlah platform media sosial dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan dan program itu akan direncana dan diumum kemudian. Saya lihat ini satu cara untuk kita bawa Nadi dalam komuniti dan merapatkan lagi pusat sebaran maklumat ini dengan komuniti,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Salim berkata MCMC mengambil peluang untuk membawakan Nadi di Pavilion

Malaysia, sebagai contoh kepada dunia bagaimana program itu membantu memupuk dan memperkasa­kan rakyat Malaysia, khususnya di luar bandar, dalam meningkatk­an kadar celik digital dan menambah baik status sosioekono­mi mereka melalui keusahawan­an, terutamany­a sebagai usahawan dalam talian.

“Kami mahu mempamerka­n Nadi untuk membolehka­n orang ramai dalam industri mengetahui fungsinya. Fungsi Nadi iaitu kami menyediaka­n peluang kepada setiap individu luar bandar, separa luar bandar atau bandar, menjalanka­n perniagaan mereka dalam talian dan menjangkau ke bahagian lain di dunia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Fahmi berucap semasa merasmikan Pavilion Malaysia pada Mobile World Congress 2024 (MWC 2024) di Barcelona semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Fahmi berucap semasa merasmikan Pavilion Malaysia pada Mobile World Congress 2024 (MWC 2024) di Barcelona semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia