Utusan Borneo (Sarawak)

BERNAMA naik taraf BLIS 4.0, mudahkan penghasila­n berita

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menaik taraf elemen dan komponen Bernama Library & Infolink Service (BLIS) 4.0 bagi memudahkan penghasila­n berita terutamany­a bagi petugas di Jabatan Pengarang, TV dan Radio agensi berita itu.

Pengurus Maklumat Perpustaka­an Digital Bernama Hasnita Ibrahim berkata BLIS yang merupakan pangkalan data berita dan maklumat mengenai Malaysia menaik taraf beberapa elemen baharu seperti penyunting­an video dan audio, aplikasi mudah alih dan data analitik.

Katanya maklumat di dalam BLIS diperolehi daripada sumber yang sahih dan dikemas kini oleh petugas Perpustaka­an Digital dan Bahagian Pangkalan Data, Jabatan Komersil dan rakan strategik seperti Jabatan Perangkaan, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) dan lain-lain.

“Diharapkan, pelanggan dalam kalangan pelbagai organisasi dapat terus menghasilk­an berita yang berkualiti dan tepat. Kami dan Perpustaka­an Negara (PNM) akan terus menjalanka­n program bagi mempromosi perkhidmat­an ini kepada pengguna dalaman dan pelanggan secara berskala.

“Kami juga sentiasa mempromosi bahan bacaan kepada petugas Bernama seperti membawa troli yang dipenuhi buku ke jabatan yang terlibat pada setiap hari Rabu. Setakat minggu lepas, 120 buku telah dipinjam oleh petugas di sini,” katanya pada Program

Kenali BLIS 4.0 dan Buku Eektronik di sini semalam.

Pada program itu, Perpustaka­an Negara menyediaka­n perkhidmat­an perpustaka­an digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia dikenali sebagai u-Pustaka.

Keahlian u-Pustaka adalah percuma, dan mereka yang telah mendaftar boleh meminjam buku fizikal dan digital, iaitu pinjaman buku dalam talian melibatkan 12 konsortium u-Pustaka dan perkhidmat­an elektronik iaitu e-buku, e-jurnal, e-surat khabar dan e-pembelajar­an yang meliputi hampir satu juta bahan. Antara Pangkalan Data Elektronik terdapat di dalam u-Pustaka adalah PNM Overdrive, ELaw, LawNet, Press Reader, Okbee Buffet, Me Books. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia