Utusan Borneo (Sarawak)

Kemalangan bas mengorbank­an 9 penyokong ANC selepas sertai rali

- Mei. — AFP

Sekurangku­rangnya sembilan penyokong parti pemerintah ANC di Afrika Selatan terbunuh dalam satu kemalangan bas ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu rali utama pilihan raya, kata polis kelmarin.

Pihak berkuasa jalan raya dan trafik menyatakan kirakira 70 orang berada dalam kenderaan itu ketika ia hilang kawalan dan terbalik berhampira­n pekan timur Paulpieter­sburg.

Lapan orang terkorban di tempat kejadian, manakala mangsa kesembilan meninggal dunia kemudian di hospital, menurut pihak polis.

Beberapa mengsa pula cedera dan ada yang dalam keadaan kritikal, kata pihak berkuasa.

Mangsa adalah antara berpuluh ribu orang yang berkumpul di sebuah stadium bola sepak di Durban pada Sabtu bagi pelancaran manifesto pilihan raya African National Congress.

Ramai yang datang dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak parti dari seluruh Afrika Selatan, satu amalan politik biasa di negara tersebut.

Kemalangan itu berlaku pada awal pagi Ahad ketika bas sedang membawa beberapa orang penyokong pulang ke wilayah timur laut Mpumalanga, kata pihak berkuasa.

“Ia merupakan satu tragedi sebenar bahawa terdapat kehilangan nyawa selepas satu hari yang akan dikenang,” kata pihak ANC.

Ia menyampaik­an ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Presiden Cyril Ramaphosa melancarka­n kempen pilihan raya ANC pada Sabtu, berjanji untuk menyediaka­n peluang pekerjaan dan menamatkan pemotongan bekalan elektrik yang melumpuhka­n.

Parti itu berdepan cabaran dalam pilihan raya selepas memegang kuasa selama tiga dekad di sebalik kemarahan bagi tahap penganggur­an yang tinggi dan ekonomi yang lemah.

Rakyat Afrika Selatan mengundi dalam piliha raya negara dan wilayah pada 29

 ?? ?? RAMAPHOSA
RAMAPHOSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia