Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota tentera udara AS bakar diri di luar kedutaan Israel

-

WASHINGTON: Seorang anggota tentera udara AS telah membakar dirinya sendiri di luar kedutaan Israel di Washington pada Ahad, menurut pihak berkuasa dan media melaporkan dia memprotes peperangan di Gaza.

Pihak responden kecemasan bergegas ke tempat kejadian hanya sebelum jam 1 petang waktu tempatan dalam respons kepada satu “panggilan bagi orang yang terbakar di luar Kedutaan Israel,” demikian menurut satu pesanan menerusi X, terdahulun­ya Twitter, oleh kapten di jabatan bomba.

Ketika bomba tiba, anggota dari Perkhidmat­an Rahsia – agensi penguatkua­saan undang-undang AS yang ditugaskan untuk melindungi pemimpin politik AS, ketua negara yang mengadakan lawatan dan lain-lain lagi, telah memadamkan api.

Lelaki itu dibawa ke hospital dengan “kecederaan kritikal yang membahayak­an nyawa”, kata jabatan bomba.

Seorang jurucakap Pasukan Tentera Udara mengesahka­n kepada AFP bahawa dia merupakan seorang anggota aktif dalam pasukan tentera udara, namun tidak memberikan maklumat lanjut.

Seorang jurucakap kedutaan Israel menyatakan tiada kakitangan yang cedera dalam insiden itu, dan bahawa lelaki itu “tidak dikenali” oleh mereka.

Media AS melaporkan bahawa lelaki itu kelihatan melakukan striming secara langsung dirinya sendiri menerusi Twitch, memakai pakaian seragam dan mengumumka­n dia “tidak bersekongk­ol dengan genosid” sebelum menyiram dirinya sendiri dengan cecair.

Dia kemudian membakar dirinya sendiri sambil melaungkan “Bebaskan Palestin!” sehingga dia jatuh ke atas tanah.

AFP tidak dapat segera mengesahka­n rakaman itu dan akhbar New York Times melaporkan bahawa ia telah dibuang daripada Twitch.

Tindakan mengejutka­n itu muncul ketika protes semakin meningkat di Amerika Syarikat terhadap tindakan Israel di Gaza, di mana ia sedang melakukan perang balas bagi serangan pada 7 Oktober oleh militan Hamas.

Dengan angka kematian di Gaza menghampir­i 30,000, menurut kementeria­n kesihatan yang diuruskan oleh Hamas di sana, tekanan antarabang­sa telah bertambah terhadap Amerika Syarikat untuk mengawal Israel dan meminta diadakan gencatan senjata. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia