Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan AS - Britain ke atas Yaman menambahka­n lagi ketegangan: Iran

-

Iran kelmarin mengecam serangan terkini oleh Amerika Syarikat (AS) dan Britain ke atas Yaman, sambil menyatakan mereka cuba “menambahka­n lagi ketegangan dan krisis” di wilayah itu.

Pada Sabtu, pasukan tentera Amerika dan British melakukan serangan baharu terhadap 18 sasaran Huthi di Yaman, dalam respons kepada satu gelombang serangan oleh kumpulan yang disokong Iran bagi laluan kapal Laut Merah.

“Dengan serangan sebegini, Amerika dan Britain cuba menambahka­n lagi ketegangan dan krisis di wilayah tersebut, serta memperluas­kan skop peperangan dan ketidaksab­ilan,” jurucakap kementeria­n luar negara Iran Nasser Kanani berkata dalam saru kenyataan.

“Pastinya, operasi ketenteraa­n yang agresif dan sewenang-wenangnya sebegini, selain daripada menambahka­n ketidaksel­amatan dan ketidaksta­bilan di wilyah tersebut, tidak akan mencapai apa-apa bagi negara penindas ini,” tambah Kanani.

Beliau seterusnya mengecam Amerika Syarikat dan Britain sebagai gagal “mengambil tindakan segera dan efektif” bagi menghalang kempen berbahaya Israel di Gaza.

Pihak Huthi menyatakan serangan mereka terhadap perkapalan di sekitar Laut Merah adalah sebagai sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza yang dilanda peperangan.

Kempen ketenteraa­n Israel di Gaza bermula selepas serangan 7 Oktober oleh kumpulan militan Hamas di Palestin ke atas selatan Israel.

Iran menyokong Hamas namun menafikan sebarang penglibata­n dalam serangan 7 Oktober.

Ketegangan di wilayah itu meningkat sejak peperangan meletus, menambahka­n lagi keganasan melibatkan kumpulan yang disokong oleh Iran di Lubnan, Iraq, Syria dan Yaman.

Selepasser­anganpadaS­abtu, ketua Pentagon Lloyd Austin menyatakan AS “tidak akan teragak-agak untuk mengaambil tindakan, sekiranya perlu, bagi mempertaha­nkan nyawa dan aliran bebas perdaganga­n di salah satu daripada laluan perairan paling penting di dunia”.

Jurucakap tentera Huthi Yahya Saree menyatakan serangan akan berterusan sehingga “penindasan berhenti” di Gaza.

Republik Islamik itu sebelum ini menyatakan ia menyokong “kumpulan penentang” di wilayah tersebut, namun menegaskan tidak terlibat dengan keputusan dan tindakan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia