Utusan Borneo (Sarawak)

25 maut dalam kemalangan jalan raya di Tanzania

- — AFP

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 25 orang termasuk beberapa orang rakyat asing terkorban dalam kemalangan jalan raya di utara Tanzania, demikian menurut Presiden Samia Suluhu Hassan.

Kemalangan berlaku pada petang Sabtu apabila seorang pemandu trak hilang kawalan ke atas kenderaann­ya di atas jalan raya yang menghubung­kan Arusha dan Namanga serta bertembung dengan tiga buah kenderaan lain, menurut beliau dalam satu kenyataan.

Mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan, 10 wanita dan 14 lelaki. Mangsa warga asing pula terdiri daripada seorang rakyat Amerika, seorang rakyat Afrika Selatan dan dua rakyat Kenya.

Menurut kenyataan itu lagi, sekurang-kurangnya 21 orang cedera dalam kemalangan itu, termasuk mangsa dari Nigeria, Ivory Coast, Cameroon, Switzerlan­d, Britain dan Mali.

Salah sebuah daripada kenderaan tersebut membawa rakyat asing yang melakukan kerja sukarela di sebuah sekolah di Arusha, jelasnya.

Gambar yang diedarkan oleh pihak media Tanzania menunjukka­n sebuah kenderaan sekolah berwarna kuning “New Vision” kelihatan remuk sepenuhnya akibat kesan hentaman.

Tanzania kerap kali berdepan keadaan berkabung akibat kemalangan maut di jalan raya, dengan pertembung­an membunuh ramai orang pada tahun 2015, 2017 dan 2022.

Salah satu daripada kemalangan berdarah berlaku pada 2006, ketika sebuah bas terjatuh dari sebuah jambatan ke dalam sungai, mengorbank­an 54 orang.

Dalam satu laporan 2018 mengenai keselamata­n jalan raya, Pertubuhan Kesihatanm Sedunia (WHO) menjelaska­n bahawa statistik rasmi Tanzania bagi 2016 merekodkan 3,256 kematian di jalan raya, namun diangggark­an bahawa jumlah itu adalah antara 13,000 hingga 19,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia