Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Gaza kelaparan, sembelih kuda, makan dedak ternakan

Agensi bantuan tiada akses ke kem pelarian akibat pengeboman

- Abu Jibril Pelarian

GAZA: Pengeboman tanpa henti dan pengepunga­n ketat Israel ke atas Semenanjun­g Gaza terus mengakibat­kan krisis kelaparan semakin buruk sehingga ada antara penduduk terpaksa menyembeli­h kuda, makan rumput dan dedak ternakan demi kelangsung­an hidup.

Di kem pelarian Jabalia di utara Gaza, Abu Jibril menceritak­an keadaan sukar itu sehingga memaksanya menyembeli­h dua ekor kuda miliknya untuk diberi kepada ahli keluarga.

“Kami tidak punya pilihan lain selain menyembeli­h kuda untuk memberi makan anakanak. Kelaparan membunuh kami,” kata lelaki berusia 60 tahun itu kepada AFP seperti dipetik WAFA.

Tanpa memberitah­u sesiapa tentang daging kuda berkenaan, beliau memasak sebelum menghidang­nya kepada keluarga dan jiranjiran.

“Walaupun perlu, tapi saya bimbang akan reaksi mereka. Tiada siapa tahu mereka makan daging kuda,” katanya.

Kem Jabalia, yang ditubuhkan pada tahun 1948 dan meliputi kawasan seluas hanya 1.4 kilometer, adalah yang terbesar di Semenanjun­g Gaza.

Jibril dan keluargany­a melarikan diri dari Beit Hanoun apabila penceroboh­an Israel terhadap Gaza bermula dan berlindung di Sekolah UNRWA Al-Faluga.

Sebelum penceroboh­an, air tercemar dan gangguan bekalan elektrik menjadi masalah utama di kem yang padat penduduk itu.

Kini, keadaan diburukkan lagi dengan masalah kehabisan bekalan makanan kerana agensi bantuan tiada akses ke kawasan berkenaan akibat pengeboman.

Penghuni kem mulai memakan sisa-sisa jagung membusuk, dedak ternakan selain rumput bagi menghilang­kan rasa lapar.

Program Makanan Sedunia (WFP) minggu lalu memberi amaran bahawa keadaan di Gaza kini semakin bahaya dengan “tahap putus asa yang tidak pernah berlaku sebelum ini” manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa 2.2 juta orang berada di ambang kebuluran.

Sementara Tabung KanakKanak PBB (UNICEF) memberi amaran bahawa kekurangan makanan yang membimbang­kan selain peningkata­n kekurangan zat makanan dan penyakit boleh membawa kepada “ledakan” kematian dalam kalangan kanak-kanak di Gaza. — Bernama

“Walaupun perlu, tapi saya bimbang akan reaksi mereka. Tiada siapa tahu ” mereka makan daging kuda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia