Utusan Borneo (Sarawak)

Bot karam, empat pekerja pembinaan di Mesir maut

- — AFP

GIZA: Empat pekerja pembinaan Mesir meninggal dunia kelmarin ketika bot mereka karam di sebatang terusan berhampira­n Giza, lapor media negara, sambil menambah bahawa lima orang lagi berjaya diselamatk­an manakala empat lagi penumpang masih hilang.

Bot kecil itu membawa 13 pekerja ketika ia karam berhampira­n kampung Nekla di utara Giza, kira-kira 30 kilometer (18 batu) barat laut bandar utama Kaherah, menurut akhbar milik negara Al-Ahram.

“Anggota penyelamat berjaya menemui mayat empat orang mangsa dan menyelamat­kan lima orang lagi,” ketika usaha untuk mencari empat orang lagi sedang diteruskan, jelas akhbar tersebut.

Kementeria­n kesihatan menyatakan empat orang mangsa yang diselamatk­an telah dibawa ke hospital, serta tiga orang kemudian dibenarkan keluar.

Mereka lemas, kata pihak kementerio­an sambil menambah bahawa salah seorang daripada mereka masih “berada dalam pengawasan” di hospital.

Koresponde­n AFP ditempat kejadian melihat nelayan tempatan menarik keluar satu mayat dari air ketika ahli keluarga yang cemas melihat pasukan operasi menyelamat.

Salah seorang daripada anggota sukarelawa­n, Yasser, memberitah­u AFP bahawa mereka tiba di tempat kejadian selama lebih sejam selepas kemalangan berlaku dan telah “mengeluark­an empat orang.”

Dia dan nelayan lain meminta nama mereka dirahsiaka­n bagi melindungi privasi mereka.

Bercakap dari sebuah motorbot kayu kecil, Yasser menyatakan bahawa anggota

sukarela itu “dibiayai sendiri dengan sumbangan” daripada sebuah kampung berhampira­n bagi menyokong bantuan kecemasan di sepanjang terusan.

Kejadian lemas biasa berlaku di kawasan pertanian di sepanjang banyak terusan di Mesir, di mana terdapat bot kecil beroperasi dengan terlalu penuh membawa petani dan pekerja secara berulang-alik.

Terdapat juga laporan mengenai kanak-knak dan pelajar yang kerap jatuh ke dalam air dan gagal untuk berenang ke tepi, yang memaksa komuniti tempatan mengadakan operasi mencari dan menyelamat.

 ?? — Gambar AFP ?? USAHA MENCARI: Orang awam mencari mayat mangsa bot karam di Manshyat al-Qanater di Giza, kelmarin.
— Gambar AFP USAHA MENCARI: Orang awam mencari mayat mangsa bot karam di Manshyat al-Qanater di Giza, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? PASRAH: Saudara mangsa bot karam menunggu khabar berita pencarian di tebing sungai di Manshyat al-Qanater di Giza, kelmarin.
— Gambar AFP PASRAH: Saudara mangsa bot karam menunggu khabar berita pencarian di tebing sungai di Manshyat al-Qanater di Giza, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia