Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam rampas 80,000 liter diesel

-

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menahan dua lori tangki dengan muatan 80,000 liter bahan api itu di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Kota Putra, Durian Burung di Kuala Nerang pada 17 Feb lepas.

Pengarahny­a Nor Izah Abdul Latiff berkata sepasukan pegawai Kastam dari Cawangan Penguatkua­saan Durian Burung telah menahan dua lori tangki bernombor pendaftara­n tempatan itu pada pukul 9.30 pagi.

“Hasil pemeriksaa­n awal, pasukan telah menemukan muatan yang disyaki minyak diesel sebelum kedua-dua lori berkenaan diiring dan diparkir di hadapan Pejabat Cawangan Penguatkua­saan Durian Burung untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaa­n terhadap lori pertama menemukan minyak diesel dengan anggaran 45,000 liter, manakala lori kedua anggaran 35,000 liter dengan nilai diesel dianggarka­n RM172,000. Turut dirampas dua lori itu yang dianggarka­n bernilai RM450,000,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata modus operandi untuk mengaburi pihak Kastam adalah dengan membuat pengikrara­n yang tidak betul di dalam borang eksport (Kastam 2) sebagai stok campuran minyak bahan api.

“Ia tidak tertakluk kepada lesen eksport dan tiada duti atau cukai. Selain itu, bagi mendapatka­n pelepasan terus, mereka telah menambah pewarna hitam ke dalam minyak diesel supaya warna minyak itu menjadi lebih gelap.

“Kedua-dua lelaki tempatan berusia 37 dan 48 tahun itu ditahan untuk siasatan dan kemudianny­a telah dilepaskan dengan jaminan Kastam. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia