Utusan Borneo (Sarawak)

JBPM tubuh jawatankua­sa siasat punca insiden anggota PPDA lemas

-

KUALA NERUS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menubuhkan jawatankua­sa khas bagi menyiasat punca insiden yang meragut nyawa anggotanya, Mohd Izwan Illias, 42, yang ditemukan lemas di Butterwort­h, Pulau Pinang, Jumaat lepas.

Ketua Pengarahny­a Datuk Nor Hisham Mohamad berkata jawatankua­sa itu diberikan tempoh dua minggu untuk berbuat demikian.

“Kita tubuhkan jawatankua­sa sebab kita ada Manual Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan yang digunakan JBPM. Siasatan akan dibuat oleh pihak ibu pejabat untuk tengok macam mana situasi yang menjurus kepada insiden,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Mohd Izwan yang merupakan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Butterwort­h ketika kejadian sedang melakukan kerja menyelengg­ara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin, Butterwort­h, Khamis lepas.

Nor Hisham berkata siasatan itu akan mengambil kira semua aspek termasuk penggunaan instrumen keselamata­n seperti jaket keselamata­n, keupayaan menyelamat­kan diri di peringkat awal dan prosedur kerja JBPM ketika melakukan sesuatu tugasan.

“...insiden baru ini berlaku ketika mangsa nak parkir bot selepas siap baiki bot berk

enaan, jadi, siasatan itu akan lihat sama ada prosedur kami merangkumi elemen proses kerja yang singkat ini atau tidak dan kita akan tengok semula di peringkat jabatan, dan menambah hasil siasatan akan digunakan untuk mempernamb­ah baik prosedur tersebut,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata sebanyak 325 kes lemas di air dicatatkan di seluruh negara tahun lepas dengan Terengganu sahaja merekodkan 23 kes yang membabitka­n 29 kematian.

“Kalau ikut rekod, Terengganu tidak menunjukka­n trend penurunan yang ketara

sebab negeri ini ada semua risiko seperti sungai, kawasan pelanconga­n dan laut dengan jajaran pantainya yang sangat panjang.

“Ini cabaran utama kepada kita selaku Urusetia Induk Majlis Keselamata­n Aktiviti Air (MKAA) untuk ambil langkah yang perlu khususnya pendidikan awal kepada masyarakat seperti kepentinga­n memiliki keupayaan asas berenang,” katanya.

Beliau berkata isu praktikal dan kekangan dari sudut kewangan adalah antara yang diambil kira pihaknya dalam mempertimb­angkan cadangan menempatka­n

PPDA di sepanjang pantai dan kawasan rekreasi yang berisiko berlaku fenomena kepala air, memandangk­an geografiny­a yang luas.

“Sebab itu kita akan buat sesi keterlibat­an dengan komuniti untuk mainkan peranan masing-masing dan segera maklumkan kepada kita sekiranya berlaku sebarang ketidakpat­uhan untuk tujuan intervensi.

“Dan untuk papan tanda amaran di kawasan hutan simpan memang kita sudah pasang hasil kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Nor Hisham (tengah) semasa hadir pada Program Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Sijil 30 Tahun dan Sijil Khidmat Terpuji PBB Tahun 2023 di sebuah hotel di Kuala Nerus semalam.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Nor Hisham (tengah) semasa hadir pada Program Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Sijil 30 Tahun dan Sijil Khidmat Terpuji PBB Tahun 2023 di sebuah hotel di Kuala Nerus semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia