Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool ungguli Piala Liga Inggeris

The Reds memenangi kejuaraan menerusi gol lewat Van Dijk pada masa tambahan untuk menewaskan Chelsea 1-0 di final yang berlangsun­g di Stadium Wembley

- Pengurus Liverpool

LONDON: Liverpool memenangi kejuaraan Piala Liga Inggeris menerusi gol lewat Virgil van Dijk pada masa tambahan untuk menewaskan Chelsea 1-0 di final yang berlangsun­g di Stadium Wembley pada Ahad.

Liverpool, yang berdepan krisis kecederaan pemain, menamatkan permainan dengan beberapa pemain muda dalam padang tetapi pengalaman kapten mereka memastikan Liverpool meraih kejuaraan Piala Liga Inggeris buat kali ke-10 dalam sejarah kelab.

Van Dijk sebelum itu mempunyai satu gol yang tidak dibenarkan oleh panel video bantuan pengadil (VAR) tetapi pemain pertahanan antarabang­sa Belanda itu menebus kekecewaan­nya dengan gol kemenangan ketika berbaki dua minit dalam masa tambahan.

Ia adalah kejuaraan pertama Liverpool selepas pengumuman mengejut pengurusny­a, Jurgen Klopp di mana dia akan meletak jawatan pada akhir musim ini.

“Apa yang berlaku di sini hari ini adalah sangat luar biasa. Semua ini tidak mungkin berlaku dengan sebuah pasukan dan skuad yang penuh karektor pemain akademi,” kata Klopp.

“Perkara yang gila ialah kami selayaknya menang. Saya tidak dapat berasa lebih bangga lagi dengan mereka. Wow! Ia benar-benar hebat.

“Saya pasti kami membawa semua pemain muda! Kami memerlukan pemain cergas. Mereka masih muda tetapi melakukan tugas dengan baik.”

Dengan kejuaraan itu, Klopp sudah memenangi tujuh trofi sepanjang sembilan tahun membimbing kelab.

Pengurus dari Jerman itu akan berharap kejuaraan pertama Liverpool sejak memenangi Piala FA pada 2022 akan menjadi pemangkin untuk musim terakhir yang luar biasa buat dirinya.

Liverpool ketika ini berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris, bertemu Southampto­n di pusingan kelima Piala FA Inggeris Rabu ini dan menentang Sparta Prague di pusingan 16 akhir

Liga Europa ketika mereka memburu empat kejuaraan musim ini.

Kekalahan adalah satu lagi pengalaman pahit buat Chelsea di Wembley, yang tewas di final Piala Liga Inggeris dan final Piala FA kepada Liverpool pada 2022.

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino meminta penyokong Chelsea untuk menilai prestasiny­a berdasarka­n “kemenangan trofi” ketika musim pertama bermasalah di Stamford Bridge.

Tetapi Chelsea masih kekal tanpa kejuaraan sejak memenangi Piala FA pada 2018 dan harus menyalahka­n diri mereka sendiri kerana gagal menyempurn­akan beberapa peluang.

“Itu adalah faktor utama. Kami mencipta empat, lima atau enam peluang terbaik dan gagal menjaringk­an gol. Dalam satu perlawanan seperti ini, siapa sahaja menjaringk­an gol pertama akan mempunyai kelebihan besar,” kata Pochettino, yang masih tanpa sebarang kejuaraan dalam bola sepak Inggeris.

“Kami berasa kecewa kerana gagal memenangin­ya dalam masa sebenar. Kami tidak mempunyai tenaga dalam masa tambahan. Mereka menjaringk­an gol pada minit akhir (masa tambahan) dan ia adalah sukar untuk bangkit semula.”

Diselubung­i kecederaan melibatkan 11 pemain, Liverpool menyenarai­kan skuad tanpa bintang utama seperti Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold, Alisson Becker, Darwin Nunez, Diogo Jota dan Dominik Szoboszlai.

Ini bermakna pemain berusia 20 tahun, Conor Bradley dan Harvey Elliott, sementara Bobby Clark (19 tahun), James McConnell (19), Jarell Quansah (21) dan Jayden Danns (18) dimasukkan dari bangku simpanan.

Walaupun skuad muda, Liverpool menyesuaik­an diri dengan cepat ketika Luis Diaz mengetuai serangan.

Mengambil peluang dari pertahanan hambar Chelsea, Diaz memasuki kotak penalti dan melakukan satu rembatan yang berjaya diselamatk­an penjaga gol Chelsea, Djordje Petrovic.

Chelsea kemudian seharusnya membuka jaringan dengan hantaran Conor Gallagher sampai ke kaki Cole Palmer tetapi rembatanny­a diselamatk­an penjaga gol Caoimhin Kelleher.

Ryan Gravenberc­h kemudian menyertai senarai pemain yang cedera apabila diusing keluar selepas mengalami kecederaan ketika diasak oleh Moises Caicedo.

Liverpool kelihatan memecah kebuntuan pada minit ke-60 apabila Van Dijk melompat tinggi melepasi Ben Chilwell untuk menanduk tendangan percuma Andrew Robertson.

Tetapi VAR campur tangan, menyebabka­n pengadil perlawanan membatalka­n gol kerana kedudukan ofsaid, Wataru Endo, yang menghalang Levi Colwill dari mengawal Van Dijk.

Chelsea semakin kecewa apabila Axel Disasi juga gagal menyempurn­akan peluang terbaik sebelum rembatan Gallager terkena palang gol.

Kelleher juga beraksi tangkas menepis cubaan Palmer dan Christophe­r Nkunku untuk memaksa permainan berlarutan ke masa tambahan dan Van Dijk menafikan penentuan sepakan penalti apabila menjaringk­an gol kemenangan pada minit akhir. — AFP

Apa yang berlaku di sini hari ini adalah sangat luar biasa. Semua ini tidak mungkin berlaku dengan sebuah pasukan dan skuad yang penuh karektor pemain akademi.

Jurgen Klopp

 ?? — Gambar AFP ?? JUARA: Pemain Liverpool mengabadik­an kenanagan bersama trofi kemenangan sejurus tamat perlawanan final Piala Liga Inggeris di antara Chelsea dan Liverpool di stadium Wembley, di London, kelmarin.
— Gambar AFP JUARA: Pemain Liverpool mengabadik­an kenanagan bersama trofi kemenangan sejurus tamat perlawanan final Piala Liga Inggeris di antara Chelsea dan Liverpool di stadium Wembley, di London, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia