Utusan Borneo (Sarawak)

Modric bantu Real tewaskan Sevilla 1-0

-

Pemain tengah vetera, Luca Modric, menjaringk­an gol kemenangan ketika Real Madrid menang 1-0 ke atas Sevilla pada Ahad, sekali gus meletakkan mereka berkelebih­an lapan mata berbanding Barcelona di singgahsan­a La Liga Sepanyol dan meneruskan rentak 20 perlawanan tanpa kalah.

Kali terakhir Real tewas ialah pada bulan September tahun lepas.

Girona, kurang satu lagi mata di tangga ketiga liga. Mereka boleh memintas Barca ke tangga kedua jika menewaskan Rayo Vallecano pada perlawanan lewat.

Dengan Jude Bellingham dan Joselu tidak beraksi kerana kecederaan dan Eduardo Camavinga dan Dani Carvajal digantung perlawanan, Real beraksi hambar pada awal permainan dan Youssef EnNesyri gagal menyempurn­akan beberapa peluang awal untuk Sevilla.

Perlawanan pada Ahad kelihatan berakhir dengan keputusan seri sehingga Modric, 38, yang dimasukkan pada lewat permainan, melakukan satu rembatan lencong dari luar kotak penalti pada minit ke-81 ketika pengadil membenarka­nnya walaupun bantahan dari pemain Sevilla yang mendakwa berlaku ofsaid.

Gol cantik Lucas Vazquez tidak dibenarkan panel video bantuan pengadil (VAR) selepas 10 minit permainan, satu keputusan yang mendapat cemuhan dan menyebabka­n pengadil Real, Carlo Ancelotti menerima kad kuning.

“Kami selayaknya menang, kami terus berusaha sehingga ke akhir dan inilah apa yang berlaku apabila anda mencapainy­a,” kata Ancelotti.

Perlawanan menyaksika­n Sergio Ramos, 37, kembali semula ke bekas kelabnya di Santiago Bernabeu di mana dia menghabisk­an 16 musim tetapi bekas rakan pemain veterannya, Modric, mencuri perhatian.

“Kami membuktika­n bahawa kami tidak pernah mengalah. Ia sudah berada dalam DNA Real Madrid,” kata Modric.

“Kami sememangny­a mahu menjaringk­an gol lewat awal tetapi ia lebih menarik dengan gol lewat.”

Pemain tengah, Federico Valverde beraksi dengan cemerlang, dengan satu rembatanny­a terkena palang dalam separuh masa pertama selain cubaan Vinicius Junior dan Rodrygo juga sedikit tersasar buat Real Madrid.

Vinicius adalah pemain yang mengumpan gol Lucas Vazquez, yang tidak dibenarkan pengadil apabila Nacho sebelum itu mengasari Youssef En-Nesyri.

Tafakur seminit dilakukan sebelum sepak mula perlawanan bagi menghormat­i mangsa kebakaran apartmen di Valencia.

Pada Sabtu, Barca membelasah Getafe 4-0 untuk naik ke tangga kedua liga sementara Almeria bangkit dua kali untuk mengikat Atletico Madrid 2-2, yang kekal di tangga keempat tetapi 13 mata di belakang Real Madrid.

 ?? — Gambar AFP ?? RAI: Modric (kanan) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Sevilla di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, kelmarin.
— Gambar AFP RAI: Modric (kanan) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Sevilla di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia