Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Perdana Inggeris: Sheffield tewas 0-1 di Wolves, di ambang penyingkir­an

-

Pemain Sheffield United berbalah sesama sendiri ketika tewas 0-1 di Wolves pada Ahad, sekali gus menyebabka­n mereka semakin menghampir­i penyingkir­an dari Liga Perdana Inggeris.

Tandukan Pablo Sarabia memastikan kemenangan buat skuad kendalian Gary O’Neill dan meletakkan Wolves di tangga kelapan liga.

Selepas gol itu, satu perbalahan tegang di antara dua pemain Sheffield, Vinicius Souza dan Jack Robinson berakhir dengan kedua-dua pemain saling menolak.

Satu pemeriksaa­n video bantuan pengadil (VR) diperlukan sebelum kedua-dua pemain dibenarkan untuk terus bermain, mengimbau kembali pergaduhan di antara dua pemain Newcastle United, Lee Bowyer dan Kieron

Dyer yang menyebabka­n kedua-dua pemain dibuang padang pada 2005.

Tetapi pengurus Sheffield, Chris Wilder, menolak kepentinga­n insiden itu ke atas semangat pasukannya.

“Ia berlaku dalam setiap kelab yang mempunyai masalah, tiga atau empat kali setahun,” kata Wilder.

“Ia berlaku di sebalik tabir di setiap kelab, sama ada di Man City atau di kelab tercorot Liga Dua.

“Anda tidak mahu melihatnya tetapi ia berlaku. VAR mengesanny­a dan bagi saya, anda harus meneruskan kehidupan dengan cepat. Mereka diberitahu tentang tanggungja­wab mereka pada masa rehat. Kami bercakap kepada pemain dan mereka kembali tenang.”

Sheffield menunjukka­n kebangkita­n dalam separuh masa kedua untuk mencemaska­n Wolves terutama sekali di akhir permainan.

Sheffield hampir mengikat kedudukan pada lewat permainan apabila Auston Trusty gagal menyempurn­a hantaran berbahaya James McAtee.

Tetapi kekalahan ke-19 dari 26 perlawanan liga menyebabka­n Sheffield United masih menghuni tangga terbawah liga, lapan mata dari zon selamat dan membayangk­an kepulangan segera ke Liga Kejuaraan pada musim hadapan.

Satu musim bermasalah juga diramalkan buat Wolves selepas kehilangan pengurus Julen Lopetegui beberapa hari sebelum musim bermula.

Wolves memintas Chelsea, Newcastle dan West Ham United dan kurang satu mata di belakang Brighton yang berada di tangga ketujuh liga. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SITUASI TEGANG: Pengadil Darren Bond berbicara dengan pemain pertahanan Sheffield United Robinson (kanan) selepas insiden perbalahan dengan rakan sepasukan Souza (tidak kelihatan) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolverhamp­ton Wanderers dan Sheffield United di stadium Molineux di Wolverhamp­ton, kelmarin.
— Gambar AFP SITUASI TEGANG: Pengadil Darren Bond berbicara dengan pemain pertahanan Sheffield United Robinson (kanan) selepas insiden perbalahan dengan rakan sepasukan Souza (tidak kelihatan) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolverhamp­ton Wanderers dan Sheffield United di stadium Molineux di Wolverhamp­ton, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia